Polisi untuk berjaya

Posted on

Awal Muharram lalu, Krismas ini dan Tahun Baharu hadapan, tiada cuti. Inilah caranya jika bekerja/ belajar dengan orang yang gigih dan kerja keras. Semester ini, semester yang mengujakan diri, selain bertemu dan berguru dengan orang-orang yang hebat, minda ana turut diasak hebat supaya lebih bekerja keras. Sedar tak sedar, sudah tiga tahun, ana menjadi belajar Bioteknologi. Namun begitu, sejauh manakah telah ana gapai? Setakat keputusan yang meningkat baik, adakah ini memadai untuk menjadi penanda aras kebolehan dan ilmu?

Sudah tentu tidak. Banyak yang terjadi, selepas sahaja peperiksaan, nota-nota ditinggalkan, ilmu pun terbang melesup hilang! Jadi, tak menghairankan walau pun sudah mengulang topik itu sejak tahun pertama, jika ditanya sekarang belum tentu boleh dijawab.

Alhamdulillah, persatuan SCIENCESS ada menyediakan semacam progarm sukarelawan untuk menjadi tutor pada adik-adik junior. Ana pun dengan senang hati mengisi nama, dengan niat menajamkan apa-apa yang telah ana pelajari dan mempelajari sesuatu daripada mereka!

Setahun setengah pengajian lagi adalah satu masa yang terlalu singkat bagi ana sementelah terlalu banyak lagi yang ana perlu pelajari.

Ada ekspedisi 5 hari 4 malam ke Hong Kong cuti nanti. Kelolaan SCIENCESS juga, dengan tambang RM1000, selebihnya ditanggung. Pun tak semudah itu untuk menyertai, perlu CGPA sekurangnya 3.00, aktif kokurikulum dan ada temuduga. Tempat-tempatnya: Universiti Hong Kong, Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, Victoria Peak-mid level, Madame Tussauds, Repulse Bay, Ocean Park. Di Shenzen; Splendid China dan Window of the World. Dengan tempat terhad 7 orang satu department, persaingan pasti sengit.

Apa-apa pun, setiap yang berlaku pada diri kita sebenarnya adalah ilmu. Hargailah sebaik-baiknya peluang yang ada. Jika kita telah awal-awal lagi tidak mahu mencuba, bermakna kita telah tewas, tewas dengan cara tidak bermaruah.

Ana percaya, polisi untuk berjaya adalah kerja keras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s