Azam

Posted on

Tahun Baharu Masihi 2010 dan Tahun Baharu Hijrah 1431 datang hampir serentak. Tahun Baharu Hijrah diisi dengan bacaan doa merintih rayu kepada Allah supaya menerima segala amalan telah dilakukan dan bersyukur kerana Tuhan masih berlembut jika ada dosa yang telah dilakukan. Memang pun manusia itu diciptakan menjadi selalu lupa dan tergesa-gesa, kadang-kadang berperasaan dirinya lebih sempurna daripada orang lain.

Nauzubillah, sesungguhnya segala apa-apa yang berada di atas dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah, bakal ditarik semula, bakal hilang, bakal mati. Hati manusia berbolak-balik, iman manusia turun naik dan lidah manusia akan didiamkan di akhirat nanti; bakal mendapat timbangan sewajarnya. Allah itu Maha Besar.

Tahun Baharu Masihi diisi dengan program MABIT; ceramah, tadarus, qiamulail, kuliah subuh, dan riadah makan nasi lemak di Masjid Tengku Ampuan Afzan.

Azam baharu selalu dikaitkan dengan tahun baharu. Pun begitu, tidak bermakna azam hanya boleh diperbaharui setiap kali tahun baharu menunjukkan wajah, azam dan muhasabah datang seiriing, lebih-lebih lagi jika terjadi atau bakal terjadi sesuau peristiwa penting. Sesungguhnya manusia hanya merancang dan Allah menentukan, tetapi manusia yang gagal merancang adalah manusia yang telah gagal sebelum bermula.

Matlamat/ azam boleh disasarkan dalam jangka masa dekat/ jangka masa jauh.

Jangka masa dekat, contohnya seperti semester ini:

Sasarkan 6 A semester ini dengan harapan CGPA meningkat

Peroleh markah penuh untuk tugasan/ kuiz/ pembentangan

Ulangkaji setiap matapelajaran yang diajar habis setiap hujung minggu + nota peta minda

Baca buku berkaitan subjek sekurang-kurangnya sebuah sebulan per subjek

Jangka masa jauh, contohnya:

2 TAHUN LAGI

Bekerja di Politeknik/ Kolej Komuniti

Politeknik bakal menawarkan ijazah dan master berbanding diploma dan pusat kecermerlangan politeknik yang meibatkan R&D akan ditubuhkan

Jika dahulu matlamat ana untuk mencari pengalaman beberapa tahun sebelum ‘melompat’ ke alam universiti, barangkali matlamat ana akan ‘diam’ di politeknik sahaja [kerana sudah ada pusat penyelidikan pada masa depan]

Mengusahakan projek serai wangi/ buah naga/ cendawan

Meneruskan pengajian separuh masa di Universiti Islam Antarabangsa Gombak di bawah Kejuruteraan Bioteknologi [kerana terikat 4 tahun dan tak mahu membuang waktu mengejar cita-cita]

berkahwin

 

amin.

 

 

 

2 thoughts on “Azam

    qurratu'aini said:
    January 2, 2010 at 11:00 am

    insya-Allah

    tahun 2010 yg manis

    kullu ‘aamin wa nahnu bikhayr~

    My future workplace « Wardah Puteh said:
    March 12, 2011 at 7:57 am

    […] dan politeknik/ kolej kominiti di sini, sini, sini dan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s