Pilihanraya Kampus

Posted on Updated on

Assalamualaikum.

Sahabatku,

Aku dengar kau mau bertanding ya? Tahniah. Kau terpilih sehingga tahap ini dan ternyata engkau orang yang hebat.

Sampai saat ini aku melihat dan merasai pilihanraya kampus kita yang penuh dengan adegan dramatik. Kelihatannya politik kampus pun tak kurang hebat, lebih-lebih kalau didasari politik luar.

Aku juga melihat, calon-calon ‘YB’  memancing undi dengan pelbagai cara dan gaya. Perkhidmatan percuma ditawarkan, bukan sekadar handbill, tapi ada juga cenderamata pen sebatang, atau gula-gula. Namun yang paling tidak enak apabila fitnah mulai tersebar, tuduh-menuduh, kritikan ditampal merata-rata.

Ya Tuhan.

Sahabatku, entah atas dasar apa ya kamu bertanding?

Kau sedaya-upaya mau meraih kekuasaan untuk kepentingan diri sendiri atau maruah umat Islam?

Atau pun kamu sudah lupa barangkali amanah adalah perkara paling berat berat berat sekali untuk dipikul dan bakal ditanyai Tuhan?

Atau pun kamu sudah lupa pesan Rasulullah supaya menjaga ukhuwwah sesama Muslim?

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

Jangan saling berhasad dengki, jangan saling menaikkan ‘harga’ bukan untuk membeli, jangan saling membenci dan jangan saling belakang-membelakangi (memutuskan hubungan), (tetapi) jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim dalah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak menzalimi, tidak membiarkan, tidak mengabaikan tanpa pertolongan dan tidak menghinanya. Takwa letaknya di sini-sambil menunjukkan di dada. Seseorang sudah cukup jahat apabila dia memperlekeh saudara seislamnya. Setiap darah, harta dan maruah orang Islam adalah haram (diceroboh) oleh orang Islam yang lain. (Hadis Riwayat Muslim)

Wahai sahabat,

bertandinglah dengan tulus dan ikhlas, peliharalah adabmu. Sesungguhnya, aku menyokongmu apabila engkau berkata benar dan melaksanakan kebenaran.

Yang ikhlas,

Aku.

4 thoughts on “Pilihanraya Kampus

    deq nad said:
    January 17, 2010 at 2:06 am

    terima kasih wani atas peringatan.

    salsabila said:
    January 17, 2010 at 6:39 am

    salam. saye, sbg ex-src, amat mharapkan…tidak kira siapa anda yg bertanding, jgn korbankan keperibadian anda sbg seorg mukmin yg bersaudara. kempen2 juga, tp jgn sampai bergaduh sesama sendiri. jika tidak, hukum mengempen semasa pilihanraya boleh jd haram. – advice for src candidates

    aklil ayob said:
    January 17, 2010 at 9:18 am

    syukran ya ukhti…

    ana perlukan org2 seperti anti utk sentiasa tegur dan check balance ana dlm memegang amanah nanti…

    wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s