Penulis: Pekerjaan Paling Hina?

Posted on

Sudah lama tidak menulis puisi. Puisi terakhir ana (Gemalai Seorang Hajar) tersiar di majalah CAHAYA, walau pun puisi ‘termahal’ (RM 100), pun adalah puisi paling tidak disukai kerana terlalu rendah mutunya.

Sebelum 2009 melabuh tirai, puisi ‘Kemboja Berombak di Lautan’ tembus Berita Minggu, pun tidak dimaklumi ana sehingga mendapat surat bertulis tentang kemasukan wang ke dalam akaun dari BH (rm15).

Oh, memang ana sengaja meletakkan harga puisi-puisi ana, walau pun harganya barangkali kecil di mata anda dan nilainya memang kecil pun, dari sudut wang ringgit, kerana puisi memang tak terhingga harganya!

 Kenapa?

Kerana puisi adalah bicara indah yang datang dari hati yang jujur.

Pun begitu, jika ana mengesyorkan pekerjaan sebegini tanpa memberitahu harganya, adalah nanti manusia yang akan memincingkan mata, tanda pekerjaan ini sia-sia dan tidak mendatangkan hasil yang lumayan.

Membaca buku puisi di khalayak juga bahkan menjadi suatu yang pelik, barangkali dianggap sia-sia dan membosankan. Lebih baik menonton drama Korea dan Hindustan kan?

Penulis sebenarnya berada dalam kelasnya yang tersendiri. Orang yang mahir berbahasa dianggap orang yang punya otak genius. Apatah lagi kalau dapat menyeimbangkan dengan pelbagai ilmu lain. Sejarah sudah lama pun membuktikan, orang-orang hebat zaman dahulu, mahir sains, berbahasa dan berfalsafah.

Datangnya Al-Qur’an pun sebagai mukjizat tatkala masyarakat Arab begitu memuja kata-kata yang indah.

Tiada lagi keraguan.

Penulis memang orang yang hebat. Penanya adalah pedang yang boleh membunuh orang yang berotak sempit.

Jadi menulislah untuk diri anda sebagai bekal, sebelum dihisab Tuhan!

“..dan saya menangis sepanjang hari. Air mata menitis tanpa henti. Tidur pun tidak hadir menghiasi mata saya.” 

-Bicara indah Saidatina A’aisyah, ketika peristiwa Haditsul ifki.

 

3 thoughts on “Penulis: Pekerjaan Paling Hina?

    Nur Najihah said:
    February 14, 2010 at 5:08 am

    salam..
    DAPATKAN BUKU-BUKU TERHANGAT DI PASARAN SEKARANG DI http://www.stormreaders.net./busyra

    rafidah said:
    March 9, 2010 at 5:28 am

    salam.
    majalah CAHAYA masih diterbitkan? amat sukar untuk mendapatkannya.
    boleh minta emel majalah CAHAYA untuk menyumbang karya?

    fazilah said:
    April 3, 2010 at 4:38 pm

    wani.. keep up the good work…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s