al-fatihah

Posted on

Setiap kali solat, doa ana adalah supaya Tuhan mengirimkan kesabaran yang menyejukkan hati mak cik dan orang-orang yang menjaganya, ana juga merayu Tuhan supaya melimpahkan pahala yang berganda atas kesakitan yang ditanggung  sekaligus  mengampunkan dosa mak cik.

Ana menagih Tuhan supaya menyegerakan kesihatannya supaya mak cik dapat beribadah semoleknya dan bersungguh-sungguh kepada Allah.

Ana juga memohon jika sudah ditakdirkan mak cik meninggalkan kami, maka permudahkanlah sakaratul mautnya, lapangkan kuburannya, tenangkanlah dia di dalamnya dan temanilah mak cik dengan al-Qur’an, kerana ana tidak mungkin dapat menemani mak cik.

Setiap kali solat. Setiap kali hati terdetik mengingat mak cik.

Ternyata, Tuhan telah memilih ajal berbanding hidup.

Sememangnya kematian bukanlah suatu perpisahan yang abadi. Ia hanyalah fasa yang telah, akan dan bakal dilalui semua manusia dan hidupan. Ana telah berada di alam roh, alam rahim dan sekarang di alam dunia, dewasa sebagai seorang gadis yang akan mati tetapi tidak tahu bila.

Sepuluh tahun lagi? Dua tahun lagi? Esok? Atau pun sedetik lagi.

Dengan cara apa? Penyakit? Kanser? Dibunuh? Dilanggar? Atau pun sakit tua?

Ana tidak mengetahuinya, pengetahuan terbatas kerana semuanya di dalam genggaman Tuhan.

Tuhan menyediakan seluas-luas ruang untuk hamba-Nya, setiap detik dan setiap saat, kematian telah menghimpit ruang itu supaya perasaan tidak kecukupan itu ada. Tidak cukup amalan untuk bertemu Tuhan.

Semoga Allah melindungi Ngah Mbun dengan kasih dan cintanya seperti menyambut seorang kekasih.  Mak cikku, yang telah menghembuskan nafas, Malam Maulidurrasul, Jumaat lalu. Amin.

Al-Fatihah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s