Gagal ke Hong Kong

Posted on Updated on

Ana telah gagal.

Telah gagal dalam temuduga ke Hong Kong. T-T

Oh, ana tak apa-apa. Dunia belum kiamat. Niat ana pun bercabang-cabang sebelum menghadiri temuduga itu. ^_^ Termasuklah niat untuk menimba pengalaman ditemuduga.

Seingat ana sudah 4 kali ana ditemuduga. Ada yang berjaya ada yang tidak. Sebenarnya untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan penemuduga perlu ada skil, ada seni yang tersendiri. Paling penting mesti tenang, yakin diri dan pandai berbahasa.

Pengalaman pertama ditemuduga ialah semasa mahu mendapatkan biasiswa JPA untuk perubatan di Timur Tengah. Jika diikutkan memang ana tidak layak sebab mendapat Biologi B3. Tetapi tangan gatal juga hendak mengisi borang di internet dan alhamdulillah  dipanggil untuk temuduga. Enam orang calon masuk serentak, diberi tajuk gangsterism oleh 3 penemuduga. Masing-masing diberi peluang untuk kritik dan beri pendapat, setelah memperkenalkan diri masing-masing. Semuanya hebat-hebat belaka. Iyalah dari sekolah asrama penuh dengan penglibatan ko-kurikulum menjangkau peringkat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh, ana gagal.

Pengalaman seterusnya di matrikulasi ketika ditemuduga untuk menjadi Fasilitator program study circle. Ditanya tentang teknik menyampaikan dan kendalikan study circle yang ana mahu lakukan. Alhamdulillah berjaya.

Ketiganya, ketika di tahun pertama pengajian kampus induk. Disebabkan tidak layak memohon JPA kerana keputusan corot. Ana mencuba segala peluang yang ada, kecuali PTPTN. Belek akhbar setiap hari, ditakdirkan membaca berita tentang biasiswa Sijil Latihan Tenaga Pengajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Terus memohon dan alhamdulillah dipanggil untuk temuduga dua kali di UIAM Gombak. Tidur di masjid UIA Gombak semasa kembara di bulan Ramadan itu bersama-sama Nadiah yang sanggup ponteng kelas menemani ana. Jazakillah sahabati. Temuduga kali pertama ana disuruh memperkenalkan diri, diasak soalan-soalan berkaitan isu semasa-kebetulan selepas Hari Merdeka, bioteknologi-tentang biodiesel, GMO dan etika Bioteknologi, tentang politeknik dan kolej komuniti, tentang minat ana meminta biasiswa ini dan sebagainya. Diuji juga dengan arahan berkhidmat di Sarawak. Kemudian ana membentangkan topik virus di hadapan mereka (3 penemuduga) menggunakan Power Point. Kali ke-2 temuduga, 100 soalan objektif untuk dijawab dalam masa sejam. Alhamdulillah berjaya.

Keempat dan kelima, temuduga untuk ke Hong Kong. Soalan temuduga kali-1, antaranya ialah, seperti biasa- perkenalkan diri, kenapa mau ke Hong Kong, pernah mengembara atau tidak, tahankah kalau melalui kembara yang panjang dan sukar serta jika terdapat konflik dalam kumpulan, apakah yang akan ana lakukan. Temuduga peringkat saringan (ke-2), ana ditanya tentang-gambarkan diri kamu selai yang terdapat di dalam CV, apa yang kamu ada yang tidak ada pada orang lain, apakah yang orang lain akan gambarkan tentang kamu, adakah kamu seorang yang sistematik dan punya target masa depan, jika kamu diberi pilihan, apakah jawatan yang kamu mahu. Temuduga ini gagal.

Ya, seperti yang ana sebutkan, menjawab soalan yang ditanyakan perlu skil. Apa-apa pun pengalaman yang luas memang dapat membantu.

Semalam ketika keluar berjalan-jalan di Megamall bersama Nadiah, Fazilah dan boss; Farah, ana ketemu sebuah buku yang boleh membantu untuk menjawab soalan temuduga. 301 Smart Answers to Tough Interview Questions, boleh didapati di POPULAR atau klik saja Amazon.com, harganya sekitar RM 30.

Selamat menjawab soalan temuduga dengan bergaya.

2 thoughts on “Gagal ke Hong Kong

    nasuha said:
    April 1, 2010 at 2:23 pm

    takpe, boleh fokus on enhancing skills utk industrial training.

    My future workplace « Wardah Puteh said:
    March 12, 2011 at 7:57 am

    […] dan politeknik/ kolej kominiti di sini, sini, sini dan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s