LI2

Posted on Updated on

1.

Praktikal ana jadi satu proses pembelajaran mahu-atau-tak mahu. Mahu dapat ilmu, dinding pun boleh jadi buku. Tak mahu, makanya hari-hari akan berpanjangan dengan makhluk bosan yang boleh mencekik kamu sampai kamu rasa nak muntah.

Ana bakal diletakkan di bawah pengawasan salah satu budak Master. Belum tentu lagi sebab supervisor ana balik India T-T

Budak Master 1: Bro Munir

Ciri-ciri:baik, lemah-lembut, sangat kebapaan.

Research: H. Pylori diagnostic kit.

Ni gambar bacteria H. Pylori:

Ia boleh menyerang kamu jika kamu suka dekat-dekat dengan orang yang dijangkiti; orang yang ada gastrik. Lambat-laun kalau tak diubati, boleh dapat kanser.

Budak Master 2: Bro Teng Kew

Ciri-ciri- mata sepet, putih, berkarisma

Research: Filariasis antigen in recombinant E.coli for diagnostic

Ini penyakit kaki gajah yang disebabkan nyamuk ketit. Tapi tak bahaya sebab akan handle antigen saja.

Research ni sangat rumit [bagi ana] sebab kena jaga abt 18 hours per day. Jadi tengah-tengah malam kamu kena datang check itu fermenter punya.

T-T

Nazirah: ‘Nanti kamu tumpanglah En. Ten Q balik asrama.”

Hu.

2.

Cuba teka ni gambar apa?

Otak budak berumur 9 tahun yang dihuni

parasit.

3.

Cerpen ana, Kekasih tembus Majalah CAHAYA bulan Februari ^_^

Aku tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Kata Tina, rakan sekamarku, dia tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Kelihatan seolah-olah gelora fesyen millenia yang menggila tidak dapat menggugah caranya. Tetapi, dia tetap menarik seluruh penuh perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar… Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s