Majlis Perkahwinan?

Posted on Updated on

Bagi bukan Muslim, perkahwinan bukanlah satu matlamat dalam hidup. Justeru, berkahwin dalam usia yang muda [baca: masih belajar] adalah satu perkara yang mustahil.

Tetapi, bagi umat Islam perkahwinan itu ada nilai dan ‘kelas’nya.

Nilai yang bagaimana?

Melayu Islam digambarkan punyai keluarga besar dan berderet-deret Beranak-pinak sehingga boleh buat satu team bola.

Di mana rasionalnya?

Untuk meramaikan umat Muhammad? Meramaikan umat yang bagaimana?

Perlu diingat, perkahwinan itu bukan sekadar tiket kamu mahu melempiaskan nafsu, atau pun kamu perlu teman kerana sunyi selalu mencekik hidupmu.

Atau pun kamu malu, kawan-kawan seusiamu sudah beranak-pinak.

Kamu juga tidak boleh memberi alasan menangguhkan perkahwinan hanya sekadar masalah kewangan. Kerana perkahwinan bukan hanya sekadar soal cinta.

Perkahwinan adalah tanggungjawab dan satu medan yang bakal mengheret kamu ke neraka atau ke syurga.

Perkahwinan malahan lebih daripada semua ini, kerana ia menyempurnakan sebahagian agama.

Berkahwinlah dengan memahami erti cinta dan perkahwinan itu sendiri.

Cinta itu ada di dalam hatimu, bukan kerana dia mencintaimu.

Cintailah pasanganmu kerana mahu dia bersama-sama mengiringimu dan membantumu ketika berada di mahkamah Tuhan.

Cintailah dia dengan akal, bukan perasaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s