Nostalgia Cicak

Posted on Updated on

Berada di bilik kecil sepanjang minggu tidak dapat mengalihkan fikiran ana daripada mengingati kamar kecil kedua di kampus Kuatan.

Bagaimanakah rasanya berpagi-pagi di kamar berlangsir biru itu, menyelitkan kainnya kemas-kemas di tepi lalu membiarkan angin dinihari menyapu pipi? Ataupun ketika menulis di meja di salah satu sudutnya sambil mata dikecilkan memandang nota-nota yang ditampal berselerakan di dinding dan berkira-kira urusan apa yang hendak dibereskan segera.

Bau buku-buku tersebar, yang sesetengahnya tersimpan di rak yang kelihatan bila-bila masa sahaja bakal runtuh, ataupun majalah sastera dan buku puisi di bakul hijau, fail-fail berat yang mendereti dinding kamar di bawah jendela [kerana ketidak cukupan ruang] dan nota-nota kuliah berlambak di rak biru plastik.

Cicak -cicak putih yang menggelikan seringkali mendendangkan irama yang mengasyikkan, barangkali sudah menambah ahli baharu dalam famili, semestinya telah ‘menghiasi’ kamar kecil itu dengan ketulan-ketulan hitam sebesar mata mancis.

Betapa ana merindukan saat-saat bergelar mahasiswa.

Dan betapa gementarnya hati dalam gelodak kegembiraan, bercampur-gaul, kerana bakal menjadi pelajar tahun akhir!

Perasaan yang aneh ini seperti duduk di barisan hadapan di suatu majlis sastera yang dimonopoli penyair lelaki dan berada selang tiga bangku dari Dato’ Baha Zain, lalu mendapat hadiah senyuman mesra daripadanya-yang menunjukkan rasa hairan melihat seorang penulis kecil wanita yang tidak dikenali.

Semangat untuk menghadapi hari-hari bergelar mahasiswa dan kuliah yang mencabar sangat perlu-seperti nuansa keasyikan membaca buku puisi Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman.

Keghairahan itu berada di balik helaian buku-buku yang seolah-olah menjadi peti rahsia; bakal memuntahkan segenap isinya jika kamu menjadi sang setia.

Kamu tak perlukan apa-apa untuk menjadi pelajar pintar-kamu tak perlukan otak yang genius atau kekayaan ataupun kekuatan fizikal-yang kamu perlukan hati yang sentiasa bersemangat.

Whosoever seeks the truth will not proceed by studying the writings of his predecessor and by simply accepting his own good opinion of them. Rather, the truth seeker will mistrust his established opinion. He will rely solely on his understanding of the texts by following the criteria of logic rather than the statement of authors, who are after all, human with errors and facts with this naturally involves. Whosoever studies work of science, must, if he wants to find the truth, transform himself into a critic and in everything he reads, he must examine the text and explanation with the greatest precision and question them from all angles of aspects. But he must also, observe himself with critical eyes in this process, so that his judgment is neither too strict nor too lack. If he follows this path, the truth will reveal themselves to him and the possible in adequacies and uncertainties in the works of predecessors will come to front.

Ibn Haitam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s