Kegagalan Akan Jadi Batu Loncatan

Posted on Updated on

Kegagalan sepahit mana pun rasanya, sebenarnya adalah antara takah-takah meniti kejayaan.

Tiada sesiapa pun yang sempurna dalam hidup ini, tetapi manusia yang bijak adalah manusia yang tak pernah gentar mencuba sebanyak mana pun, menghargai dengan hati yang jujur dan bersemangat menagih ilmu.

Di jalan yang kita lalui ada banyak cabang. Setelah jatuh dan sakit, cabang-cabangnya kian berselirat. Kita boleh memilih untuk diam di situ selama-lamanya, ataupun bangkit walau pun teseksa dan mencuba lagi untuk berjalan dan selepas itu kembali berlari.

Aku membaca dari banyak buku, kegagalan itu jangan kita berikan beribu alasan untuk menutup kepedihannya. Tetapi kita mesti BERANI untuk MENGAKU BAHAWA DIRI SENDIRI YANG SILAP, kemudian rangka kembali mana-mana yang pincang, dan berusaha sekeras mungkin.

Keyakinan dengan kebolehan diri sendiri barangkali boleh menjadikan kita SYOK SENDIRI, tetapi kekalahan itu boleh menjatuhkan ego; bahawa diri adalah manusia yang tidak sempurna.

Namun begitu, keyakinan untuk menjadi manusia yang lebih baik dan keyakinan bahawa diri boleh berusaha keras lagi itu penting, supaya minda secara tidak sedar akan turut mengerahkan segenap anggota berkerja lebih kuat.

Apa-apa pun aku beranggapan ilmu itu terlalu mengasyikkan, sehingga kalau terjatuh beribu kali pun, ilmu kekal mempersona, untuk diterokai misterinya.

Dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s