Surat Daripada Sistem Pencernaan

Posted on Updated on

Assalamualaikum tuan.

Tuan dan saya sangat rapat; jadi saya harap saya dapat luahkan perasaan saya tanpa melukakan hati tuan.

 Saya tahu kadang-kadang saya selalu menyakitkan hati tuan dengan bunyi kruk-kruk yang kuat sampai orang di sebelah tuan terperasan. Tapi tolonglah faham sebab tuan selalu kunyah chewing gum, minum Pepsi, Coke, F&N ataupun makan dengan gelojoh sambil selang-seli meneguk air  [ya saya faham tuan lapar ataupun sedang berbuka puasa], tapi saya tak dapat tahan daripada sedu. Jadi saya harap tuan dapat duduk dengan tenang dan makan dengan sopan. Supaya kita bersama-sama riang ria menikmati juadah yang ada. Tugas saya pun insya’Allah akan lebih mudah.

Bukan itu sahaja, apabila ada kawan tuan yang pelawa makanan baru, tuan terus melantak, harapkan saya dapat lakukan tugas dengan baik. Saya memang dah cuba! Tetapi hidup saya akan jadi lebih mudah dan tuan akan kurang ‘berangin’ jika tuan makan sikit dahulu, terutamanya makanan yang ada banyak fiber. Gas-gas ini dihasilkan bakteria dalam kolon tuan yang akan menguruskan fiber tadi. Seperkara lagi, jangan ambil mudah kalau tuan rasa ‘berangin’ yang dahsyat. Jangan main-main tuan! Sila jumpa doktor.

Tuan juga kadang-kadang suka makan terlampau banyak sampaikan saya rasa terbakar. Makan banyak boleh sebabkan pedih ulu hati, sebab asid daripada perut akan naik sampai esopagus. Ini akan menyebabkan esopagus tuan dihakis asid disebabkan ia tidak dilapisi lapisan perlindungan macam dalam perut. Satu lagi tabiat tuan yang buruk; suka baring/ tidur lepas makan! Ini boleh sebabkan lebih banyak asid dari perut masuk ke dalam esopagus sebab ruang otot yang pisahkan akan loose. Lagi satu yang saya geram sangat, bukan ke tuan berazam nak kurangkan berat badan? Tapi tuan tak buat dan hanya memburukkan keadaan! Lemak yang tuan bela tu akan picit perut tuan sampai asid naik atas lagi!

Kalau tuan dapat pedih ulu hati lagi, mula-mula makan sedikit makanan dan minum air sejam sebelum/ selepas makan, pakai pakaian yang tak ketat, rileks dan jangan baring.

Kadang-kadang juga pilihan makanan tuan ada yang saya tak berkenan. Bahan-bahan yang buatkan saya ‘panas’ macam lada hitam, kafein dalm kopi yang tuan teguk pagi-pagi buta sebab tak nak tersengguk dalam kelas, lemak, dan coklat boleh sebabkan pedih ulu hati makin teruk. Merokok pun boleh buat makin teruk tau. Tapi tak apalah sebab tuan tak merokok. Cuma pastikan jangan kawen dengan laki yang suka merokok.

Satu lagi saya nak bagitau jangan percaya iklan kat tv pasal ubat pedih ulu hati tu. Antacids hanya boleh kurangkan sakit sekejap je dengan neutralkan asid dalam perut. Malahan antacids boleh galakkan lagi asid merembes sebab perut dapat detect ‘tut tut..asid dah kurang, cepat tambah, cepat tambah’. Nak terukkan lagi keadaan, ia boleh buatkan saya susah nak serap nutrients. Tapi jangan ambil ubat kurangkan asid dan kawal asid untuk saya! Sebab ni bukan menolong saya, tetapi MENYUSAHKAN SAYA NAK CERNA. Bila saya mencirit-biritkan tuan baru tuan tau! Kalau tuan dapat ulser, hernia atau gastro-esophageal reflux disease (GERD), ubat-ubat ni akan menyebabkan susah nak kesan penyakit-penyakit tersebut. Jangan main-main kalau tak mahu dapat kanser!

Bila tuan makan cepat-cepat macam nak menketedarah sebulan tak melantak, saya yang risau. Saya risau saya tercekik. Tolonglah ambil masa kunyah lama-lama dan biarkan air liur tuan meresap cebis-cebis makanan dengan sekata. Jangan cakap dan gelak sebelum telan makanan, lepas telan baru cakap dan gelak. Jangan makan waktu tuan tercungap-cungap lepas berlari. Saya tahu tuan tak makan sebulan. Tapi tolonglah kawal keadaan tuan. Malu saya tau tak. Kalau tak nak jugak berenti buat perangai macam ni, sila pastikan kawen dengan orang pandai CPR.

Jika saya menderita, tuan juga akan menderita. Bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri terasa. Kalau tuan kena buasir atau cirit, tak ada antara kita yang akan bergembira kan? Pergerakan lambat macam semut merayap, keras dan usus yang kering amat menyakitkan dan kalau lama sangat akan menyebabkan kita dapat migrain dalam tandas. Jangan terlalu bergantung pada julap sebab ia ada kesan sampingan. Jadi, untuk elakkan guna julap dengar saya betul-betul; bila saya bagi lampu hijau, terus pergi ke jamban dan ambil masa walaupun tuan sedang sibuk. Lebih lama tuan biarkan saya, lagi banyak air akan diserap daripada najis tuan menjadikan ia kian keras. Selain itu, tuan boleh makan banyak fiber sebab fiber resap air dan jadikan najis lebih lembut. Jadi senanglah saya nak buat projek! ^_^ Otot saya pun makin kuat tau. Minum air banyak, sebab dehidrasi boleh sebabkan air diserap lagi banyak daripada najis, aktifkan diri tuan jangan malas sangat macam tengah mengandung. Setakat kafe yang tak sampai 2 km tu, jangan la naik kenderaan, Tuhan bagi kaki kat tuan. Gunalah!

Bila tuan dapat cirit atau lebih sopan sikit, diarrhea, sistem saya akan keluarkan lebih banyak air dan garam. Pergerakan usus saya lebih cepat dan akan menyebabkan mineral pun terlekat sama pada najis. Kalau ni terjadi, minum air banyak dan berehat. Kalau nak elakkan, jangan terlalu drastik tukar diet walaupun saya tahu tuan nak ikut pesan DR. Muzaffar; makan banyak jenis makanan supaya dapat semua nutrients yang badan perlukan.

Saya tak merungut! Saya sanggup berkerja demi tuan. Tapi tolonglah, mulakan sedikit dulu kalau tak mahu kita berdua sama-sama dapat susah. Lagi satu, saya benci nak cakap dan fikir pasal ni, puncu dapat cirit ialah makanan yang tercemar. Jadi sila pastikan kebersihan tempat tuan nak makan sebelum melantak. Kalau dapat cirit lebih dua hari ataupun cirit berselang seli sembelit, sila jumpa doktor.

Terima kasih sebab sudi dengar luahan perut saya. Saya tau kita akan dapat banyak manfaat dengan cara begini. Kita dah macam isi dengan kuku, sayalah satu-satunya sistem pencernaan tuan. Saya sayang tuan.

Yang benar,

sistem pencernaanmu.

——-

Dialihbahasakan oleh Wardah Puteh daripada

Nutrition: Concepts & controversies, Sizer F.S dan Whitney E.N, Wadsworth Thomson Leraning Publication, pp. 83-84

2 thoughts on “Surat Daripada Sistem Pencernaan

    Rumaisa said:
    July 23, 2010 at 1:22 am

    salam wanie,

    i really enjoyed reading this article..so much infor..
    This is really good advice..
    Nice narration too =)

    wardahputeh responded:
    July 23, 2010 at 4:02 pm

    Wasalam Maisa,
    thanks for reading this article.
    =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s