Wardah Puteh@ Taman Bandar, Kuantan

Posted on Updated on

Ada kasut sukan tetapi tak bersenam tidak ada maknanya. Lebih baik kamu campak kasut itu ke dalam tasik jadi tukun tiruan.

Tak jauh dari kampus Kuantan, ada sebuah tasik luas dikeliling trek/ laluan untuk berjogging. Kalau pun tak mahu bersenam, boleh jalan berlenggang sambil hirup udara nyaman atau lihat sahaja kehijauan pohon rimbun sambil menguak air tasik.

Mudah saja nak ke sana.

Pagi-pagi kamu tak perlu mandi. Hanya gosok gigi dan cuci muka, sarungkan baju masam dan seluar trek.

Senyum.

Sepuluh minit berjalan kaki dari kampus.

Hati-hati lintas jalan. Jangan lupa kawal suara supaya tak kelihatan seperti jakun jumpa jalan yang ada kereta.

Ada banyak alat untuk stretching.

Sudah lama tak jadi kanak-kanak.

Orang pun akan terkejut kalau tahu kamu dah tahun akhir pengajian. T-T

Tak jauh, selepas 10 minit pusing tasik, ada taman permainan untuk kanak-kanak. Kamu boleh cuba kalau tak malu.

Sungguh bergaya. Merah menyala Cik Nadiah.

Emilia macam takut-takut, sudah lupa skil naik jongkang-jongket.

Tiba-tiba jumpa ini dalam perjalanan pulang. Sungguh menakutkan. Kepala hilang dan dikerumuni tebuan. Ini mungkin kerja anjing-anjing liar.

Kamu mahu kucing tak? Ada orang buang ini di sebelah blok.

Kucing siam, bulu coklat gelap campur perang. Mata comel berwarna biru campur kuning. Masih remaja, betina. Walau pun banyak kutu dan kurap, sangat manja dan berbau Friskies.

Datang UIAM Kuantan kalau mahu. Tak ada perkhidmatan pos.

Maaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s