Wardah Puteh@ Klinik Veterinar Kuantan

Posted on Updated on

Berjiwa kucing sampai mahu jadi veterinar suatu ketika dahulu tetapi melupakan hasrat setelah tahu kena seluk buntut lembu. Ironinya tak pernah ke klinik haiwan. Puisi pertamaku menurut kata makcik berjudul Menitisnya Air Mata Di Kuburan Kucing.

Ini kucing di Mesir. Aku temui sewaktu sesi makan malam di pinggiran Sungai Nil. Waktu di Malaysia pukul 1 ke 2 pagi.

Momok kucing paling genius pernah aku bela. Pandai main dan peluk adik yang sedang sembunyi di balik tirai. Suka gigit bulu tangkis yang jatuh dan tendang macam Kaka. Sangat sensitif bau mulut, boleh mengejar sampai kamu takut. Ada skil bergayut dan gigit kaki secara senyap jika kamu tak endah dia sedang kelaparan.

Memey diberi namanya kerana terlalu galak. Mone dan Momo sangat comel dan bijak. Anak si Momok.

Si Gemok. Atau kamu boleh panggil Musang. Sangat gila dan menakutkan. Boleh sambar makanan di tangan kamu macam ikan jerung.

Selasa lalu, status jakunku telah hilang setelah diajak Fazilah ke Klinik Veterinar Kuantan. Klinik kerajaan tempat Huda buat FYP.

Tak tahu mahu bagi nama, namakan kucing coklat bercampur perang itu-MIAW. Sangat tipikal kan? Tapi kalau kamu panggil kucing liar/ buangan dengan nama Comet, Comel atau Comot, kamu fikir dia nak datang dekat? MIAW~

Sangat naif. Tidak dapat bezakan diri sebagai kucing atau anjing, jadi duduk di bangku khas untuk pesakit anjing.

Orang panggil ini: Konflik identiti.

Nampak sangat sopan dan baik. Padahal menggelupur semasa mahu masuk ke dalam klinik, sampai terpaksa kejar 3 kali.

Jururawat cakap, KAMU KEJAR DAN DAPAT DULU, BARU DAFTAR.

Kucing pun macam manusia, dibelai dimanja dipujuk, baru nak diam dan dengar cakap.

 

10 thoughts on “Wardah Puteh@ Klinik Veterinar Kuantan

    princess said:
    January 28, 2012 at 11:09 am

    saya antara makhluk yang sayang kat kucing cuma kecewa bila mendapat rawatan kat klinik Jawhari, macam-macam prosedur konon tetapi yang benar hanya untuk penuh kan poket doktor.

    wardahputeh responded:
    January 29, 2012 at 12:23 am

    Kadang macam ni lah. Terutama swasta. Kalau kerajaan pula tak apa, tapi ada yang ambil mudah. Nak inject kasik mati saja

    jnet said:
    May 1, 2012 at 1:42 am

    Nak tnya klinik haiwan yg saudari pergi tu katne? Tu klinik kerajaan ke? Mahal tak bayran

    Humayra said:
    August 4, 2012 at 3:51 am

    Tak semua klinik kerajaan memberikan perkhidmatan yang tidak baik. Saya merupakan veterinar di jabatan veterinar kerajaan iaitu di negeri Kelantan. Saya bertugas di unit klinik. Rata-rata apa yang saya perhatikan, pemilik haiwan kesayangan tidak terlalu peka tentang kesihatan haiwan tersebut. Rujuklah program kesihatan haiwan kesayangan anda di tempat yang boleh dipercayai. jangan kita anggap haiwan kesayangan kita sebagai haiwan semata-mata tetapi mereka adalah ‘benda yang bernyawa’ yang juga memerlukan perlindungan, kasih sayang dan kesihatan yang baik dan teratur.

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 4:56 am

    Terima kasih, doktor. Ini tidak ditujukan secara pukal. Maaf

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 4:59 am

    Klinik swasta, sediakan RM 50 ke atas. Jika kerajaan, barangkali cukup dengan RM 5🙂

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 5:01 am

    Sabar itu indah🙂

    epul said:
    March 5, 2013 at 2:26 pm

    Klinik swasta seperti Jawhari mmg sy xkan pergi lagi..saya pernah anta kucing ke sana n doktor ckap kucing sy ade kanser..berhabis hampir rm350 untuk ubatan n servis untuk sekali check up..doktor ckp kucing sy hnya ade peluang hdup dlm 6 blan lebih shaja..bila sy buat follow up di Klinik Veterinar kerajaan,mereka kate kucing sy xde ape2 infection untuk kanser.sekarang kucing sy masih hidup dan da setahun lebih..sangat2 sihat n aktif..baru sy sedar klinik Jawhari hanya cekik darah…

    zara said:
    December 3, 2015 at 5:17 am

    Saya setuju klinik jawhari kuantan cekik darah. Setiap kali pergi sana kena byar utk byk test yg xperlu kalau x cecah 100 xsah padahal kucing demam biasa je. Klinikal skill doktor kat situ xbagus asyik bergantubg pada test2 makmal. Sy bercakap sbg seorg doktor juga tp doktor manusia. Kesian kat org2 susah yg sygkan haiwan tp terpaksa berbelanja mahal yg xsepatutnya, sebb diorg xtau ada service doktor haiwan yg lebih bagus dan harga berpatutan

    Norhasina mat sulong said:
    July 24, 2016 at 6:22 pm

    Mmg betul jawhari cekik darah.. Tp sye rasa rawatannya sgt bagus.. Tiap kali kucing sye dpt rwtn, mmg ok.. Wpun masuk ward 2 hari dh kena rm600.00.. Itti sye disahkan ada havar kucing.. Pas warded dua hari, balik dh sihat.. Makin bulat.. Dah 4 ekor kuciing sye dirawat di jawhari.. Semua sihat.. Skrg dolly.. Time dolly sakit, petshop cdgkan sye pergi ke klinik lain.. Ok.. Sye pergi.. Dua hari bturut2 sye pergi.. Rawatan sama.. Drip air dan makanan yg berupa ubat cairan.. Tp sye lihat dolly sye sma shj.. Makin lemah.. Doc tu suh sye dtg lagi hari ke3.. Ubat xde bagi.. Cuma drip air dan makanan yg berupa cairan sbb dolly x makan.. 24 julai.. Hari ke 4.. Sye x larat menanggung hati.. Dah 3 hari sye nangis tgok dolly.. Hari ke4 hati sye paling parah.. Sye surrender juga akhirnya.. Akirnya sye bawa dolly ke jawhari kuantan.. Psal kos, sye pejam mata wpun mnitik air mata.. Utk dolly, in shaa allah sye sggup korbankan duit.. Klu nk tukar dgn nyawa pun sye sanggup..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s