Hadiah Ramadan daripada Tuhan

Posted on

Pada Bulan April 2010 yang lepas, Biro Kesenian dan Kebudayaan PEMBINA Bangi telah melancarkan pertandingan mengarang sajak islami. Pertandingan ini telah berlangsung selama 2 bulan, bermula daripada 1 April 2010 sehingga 31 Mei 2010. Penyertaan yang telah diterima sangat menggalakkan terutamanya daripada golongan belia. 

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi belia yang kreatif dan mampu menghasilkan karya puisi islami yang bermutu. 

Pertandingan ini telah diadili oleh seorang juri yang mahir dalam seni kesusateraan Melayu terutamanya dalam bidang Sajak islami. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Shamsudin Othman. Beliau merupakan seorang penyair kelahiran Johor. Kini, beliau bertugas di Jabatan Pendidikan Bahasa dan  Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia(UPM).

 Berikut merupakan Sajak-sajak yang telah mendapat tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

 Kedudukan

 1. Puisi daripada Tuhan – Hazwani Husain (870903-02-6084)

2. Sahabat – Mohd Azmir Bin Mohd Razli (870902-03-5229)

3. Aku Yang Berdosa – Muhammad Musoddiq Bin Jaafar (890313-10-5039)

Pemenang tempat pertama akan mendapat wang tunai berjumlah RM 150 beserta sijil. Manakala tempat kedua akan mendapat wang tunai berjumlah RM 100 beserta sijil. Seterusnya tempat ketiga akan mendapat wang tunai berjumlah RM 50 beserta sijil.

Hadiah-hadiah untuk para pemenang akan diserahkan semasa jamuan Aidilfitri anjuran Pembina Bangi. Seterusnya, pemenang tempat pertama akan diundang untuk mendeklamasikan sajaknya pada hari tersebut.

Terima Kasih diucapkan kepada mereka yang telah terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Diharapkan pertandingan sebegini dapat dianjurkan dengan lebih baik pada masa hadapan. Harapan penganjur agar pertandingan sebegini mampu menyerlahkan bakat belia Islam dan menjadikan bidang seni sebagai salah satu medium untuk menyampaikan dakwah islam kepada masyarakat.  

 Wallahau’alam.

ABDUL HAKIM BIN ADZMAN

Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan, PEMBINA Bangi. 

http://www.pembinabangi.com

 

~~~

Terima kasih Kak Syuhadaa yang memaklumi aku pertandingan ini. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s