Jendela kecil

Posted on Updated on

Ramadan yang berlalu selalu menjemput aku singgah beriktikaf di rumah-rumah Allah berbanding bulan-bulan biasa.  

Ada sebuah masjid yang sudah lama tidak kukunjungi berhampiran rumah, padahal sewaktu masih bersekolah, saban minggu pulang dari asrama pada malam-malam Jumaat, masjid itulah tempat aku mengalunkan Yaasin.

Jendela-jendela kecil di kubah masjid  sering menarik perhatianku. Seolahnya ada berjuta-juta malaikat yang selalu merenung para jemaah yang khusyuk solat di balik keping kacanya.

Inilah juga tempat pertama aku menemui buku berkulit keras rona hijau lumut, berjilid-jilid mendereti rak. Aku masih ingat lagi, pertama kali aku membacanya, terasa begitu takjub dengan susunan ayat yang terlalu indah dan puitis, sehingga kadang-kadang sukar untuk kutelah makna yang tersirat di sebalik tujahan bicaranya yang lembut. Inilah tafsir suci Fi-zilalil Qur’an karangan Sheikh al-Qutb. Kerana ketakjuban itulah, beberapa cerpen karyaku ada menyebut tentangnya.

Masjid ini jua punya jendela luas tanpa kaca tetapi ukiran yang berseni. Jika dipantau, nampaklah bahagian laman di bawah yang dirimbuni pohon sundal malam. Terbayang-bayang aku terkocoh-kocoh berjalan mengejar solat berjemaah kerana terlewat. Terbayang juga anak-anak yatim piatu bertebaran pulang ke asrama selepas solat.

Marmar putihnya pernah membuatkan aku tergelincir dan jatuh. Marmar putihnya yang sejuk ini jugalah, tempat ayahanda sahabat akrabku disolatkan.

Aku menulis tentang masjid di Hari Raya, bukan kerana aku sudah ingin ‘mendirikan masjid’, tetapi tiba-tiba ketika berada di masjid ini, kurasakan masa terlalu deras lariannya.

Aku juga tidak terasa teruja menyambut Hari Lebaran, kerana memang, ibadah ku tak sepadan. Hari Raya yang fitrah ini bukan untuk aku yang kotor, jauh daripada fitrah seorang bayi.

Apa-apapun, memang sayogia aku mengucapkan ‘Kullu am wa antum bikhoir’

kepada semua. Kepada diriku, ‘moga kau jumpa lagi Ramadan seterusnya’.

Amin.

 

One thought on “Jendela kecil

    Al-Fatihah « Wardah Puteh said:
    July 31, 2011 at 10:39 am

    […] Jendela Kecil […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s