Perkhidmatan Maraliner tidak cekap & mesra penumpang

Posted on Updated on

Aku penumpang tegar bas Utama.

Namun begitu, sejak aku diperkenalkan perkhidmatan bas Maraliner oleh sahabatku Nazirah, aku menjadi ‘pembelot’ bas Utama. Makanya, bas Utama kini sudah tidak menjadi keutamaanku.

Sebabnya, walau pun bas Maraliner ini selalu lambat berbanding Utama yang selalu menepati masa, aku jatuh cinta dengan bacaan doa oleh pak cik pemandu sebelum memulakan perjalanan, diikuti pengunguman tempat-tempat perhentian yang bakal disinggahi. Apabila sampai pula, akan dimaklumi pak cik bas dengan dialognya,

 “Alhamdulillah kita kini sudah selamat sampai.”

Aku yang tipikal, suka merangka waktu dan kalut memang gemar begini.

Tetapi, kali ini tidak.

Pukul 10.20 malam semalam, tepat di tempat menunggu Shahab Perdana, Kedah aku dan keluarga ku tercangak menunggu bas yang tidak sampai-sampai, padahal di tiket menunjukkan jam 10.15. Ini bukan masalah besar, aku  memang mau lewat sampai supaya hari cerah kerana aku pulang berseorangan ke Kuantan.

Ya, bukan masalah besar.

10.30 malam bas sampai dan penumpang terus naik tanpa diperiksa tiket. Aku mengambil tempat duduk perseorangan di tepi tingkap. Beg sandang kuletakkan di riba, beg plastik berisi kuih-raya kuletakkan di lantai. Beg segedabak berodaku di bonet bas.

Tiba-tiba kecoh, ada dua penumpang punya tempat duduk yang sama. Dek kerana dakwat tarikh di tiket yang tak jelas dan kesesatan seorang warga Ipoh yang sempat duduk 10 minit dalam bas yang nak ke Pahang, makanya bas bergerak 10.50 malam.

Ya, ini sekali lagi, bukan masalah besar.

Pemandu bas tidak menjalankan rutin Maraliner seperti biasa, yakni dengan suara lemak merdu membacakan doa dan mengumam pengungumang.

Ini bukan masalah besar, semua dah besar boleh baca sendiri.

Sampai di R&R, tak salah aku di Sg. Buloh, bas berhenti lama sekali, dalam masa lebih kurang setengah jam. Padahal jam sudah menunjukkan 4.30 pagi.

Melepasi lebuhraya, bas terhuyung-hayang macam kotak hampir terbalik dek kerana dipandu terlalu laju.

Pandai pak cik bas, dah masuk jalan biasa bawa laju ye. Inilah sikap utama yang ‘kita mau’.

6.30 pagi,  di Terminal Termerloh.

Aku resah dengan kelewatan bas mulai bimbang dan sangkaku yang lain sudah solat Subuh.

Akhirnya pak cik pemandu setelah bersembang bergelak tawa tanpa kebimbangan di bawah, mengumumkan,

‘ha, siapa nak sembahnyang subuh’

Aku pun terus bingkas bangun, bungkusan kuih-muih kutinggalkan, beg galas berisi netbook dan telekung kusandang.

Tandas destinasiku, tetapi ku terkejut kucing(rujuk gambar), tandasnya bercampur lelaki, tandas lelaki tak dibuka.

Ini bukan masalah besar. Aku bukan banyak songeh sangat.

Ke surau. Berkunci.

Pak cik penjaga surau tolong bukakan untukku. Terima kasih pak cik.

Namun begitu, dek kerana tiada tempat wudhu’ aku terpaksa ke tandas kembali.

Ini jadi masalah besar kerana kau terpaksa tercangak menanti semua lelaki-lelaki keluar; termsuk pak cik pemandu dan curi-curi ambil wudhu’ sampai basah lencun.

Kembali ke surau, berkunci.

Ya Rabbi, sabaqnyalah. Awat pak cik, sayang sangatka surau pakcik sampai saya nak tumpang sembahyang pun tak boleh kaaaaaa..

Selesai solat, terusku kemaskan tudung. Kucari stokin di dalam beg, tidak ketemu, barangkali tertinggal di tandas?

Ke tandas lagi.

Eh, ada dalam beg rupanya.

Berlari-lari anak ke tempat bas. Mentang-mentang pakai sportshoes.

Aik, kat mana bas ni?

Ini pink-pink ni macam aku tak tau, Bulan Restu. Sah bukan Maraliner.

Innalillah. Bas itu sudah pergi rupa-rupanya.Tak sampai 15 minit. Pak cik itu meninggalkan aku terkapai-kapai. Lupakah beliau perempuan selalu lembab bersiap?

Tak, aku tak nangis banyak pun, nangis sikit je.

Terus telefon nombor perkhidmatan bas belakang tiket, nasib baik ada.

Tak ada orang angkat.

Baguih2, Maraliner bagi ghaya lama-lama lagi na lepaih ni.

Di saat ini kesabaranku mulai menipis, jikalau ada senapang patah di tanganku memang sudah kukejar pak cik bas Maraliner tersebut  dan kutembak saja kepalanya. Mentang-mentang pakai sport shoes.

Kubeli tiket Transnasional, RM10.80. Jam 8 pagi bakal bertolak, sekarang jam 7 pagi.

Alhamdulillah aku ditinggalkan di stesen bas. Kalau di R&R lebuhraya?

8.15 pagi di Kuantan pak cik Ali sahabat ayahku menanti beg-begku yang sampai dulu daripada tuan. Ditanyanya pak cik bas, lalu dijawab,

“Tadi saya tengok surau gelap ja, pastu saya kira orang yang turun Temerloh dah cukup 9 seat kosong.”

Pak cik pemandu bas ternyata tak bersistematik tanpa catatan penumpang. Ternyata pula, penumpang di sebelah seatku rabun, sebab beliau tak nampak bungkusan kuih raya ku yang besar segedabak di lantai sebelahnya.

Atau dia ingat aku bawa balik sampah ke Kuantan?

Dua jam kemudian.

Sesampainya aku di terminal bas Kuantan, terusku panjat tangga, menuju kaunter merah menyala Maraliner.

Sedetik. Dua detik. Sampai seminit, kakak penunggu kaunter baru angkat kening. Aku dengan suara terketaq-ketaq marah, letih, penat dan nak nangis lagi, terus mengadu, apalagi minta balik duit RM10.80.

“Nah cakap dengan orang ni,” ucap kakak penunggu kepadaku sambil menyerahkan ganggang telefon.

Aku dengan bersemangat waja menceritakan kembali situasi dan babak-babak tragis yang berlaku. Tetapi

“Apa dia tolong ulang sekali lagi”

Maka aku mengulang lagi di saat tenagaku hampir tiada, 12 jam perjalanan Kedah-Kuantan. Dia kemudian bercakap sesuatu namun suara pengunguman dan orang-orang di sekelilingku membuatkan pendengaran ku tersekat walau pun tiap-tiap hari aku korek telinga. Lalu kuminta ulangi sekali lagi.

“Hai, apa ni saya dengar awak cakap jelas, awak tak dengar pulak! Macam nilah saya nak confirmkan dulu betul tak harga tiket tu RM10.80”

Aku termengadah.

“Kenapa encik? Nak saya MINTAK LEBIH LAGI KA?”

“Ok, baik. Kamu minta kat kaunter.”

Lelaki itupun bercakap dengan kakak penunggu itu dan dengan nada sinis kakak itu berbicara,

‘Ni kat tiket RM 10.70.’

Memang dia tak pernah naik Transnasional. Sekupang duit insurans.

Aku tidak bertolak ansur. RM10.80. Nak jugak!

Kalau aku mata duitan, maunya aku mintak balik RM100.80, disebabkan segala penat-lelah, air mata, tenaga, kesedihan, keletihan, kemarahan, kelewatan terlebih had, kelaparan, steghess dan ketakutan.

Lidahku seperti ditarik-tarik untuk memberitahu kakak penunggu,

“Akak, see you in court. Kakak sepupu saya peguam tau tak!”

Maraliner, mulai hari ini KITA PUTUSSS!

Sekian, edisi Wardah Puteh membebel.

8 thoughts on “Perkhidmatan Maraliner tidak cekap & mesra penumpang

    Saya said:
    September 21, 2010 at 12:20 pm

    Tapi sepupu kita peguam hartanah..ehe~ tabah kak long!

    Dyna Ahmad said:
    September 22, 2010 at 12:32 am

    Rujuk Edisi Lebih Hikmah di Ruangan Pembaca Berita Harian 22 Sept 2010!!!

    hahahahaha~ ana ingat ente punya peghangai meghembaih sudah dihazafkan??!!ada lagi upanya…

    Desert Rose said:
    September 22, 2010 at 3:29 am

    Takpa peguam la ni bukan saja boleh berdebat di Mahkamah malahan juga pandai membakar orang….siappp hang MARA LINER – drp Sepupu Penulis yg Peguam tsbt

    wardahputeh responded:
    September 22, 2010 at 8:31 pm

    Hehehe…Lawak la Kak Dina dengan Kak Ija ni.

    -Tiba-tiba femes di FB.=P

    wardahputeh responded:
    September 22, 2010 at 8:34 pm

    Hanah, peguam tanah pun tak kira. Nak jugak! =p

    Dyna Ahmad said:
    September 23, 2010 at 4:53 am

    orang biotek ja paham apa kena mengena antra tanah ngan bas!!???

    mohd said:
    October 24, 2010 at 2:27 am

    sepatutnya Maraliner kena ambil isu ini sebagai pengajaran dan lakukan penambaikan secara serta merta. meninggalkan penumpang tanpa meneriksa terlebih dahulu jumlah asal memang perkara yang tidak boleh dimaafkan

    wardahputeh responded:
    October 25, 2010 at 2:45 am

    Orang kecil seperti saya siapa nak pedulikan? Lainlah kalau saya ni Siti Nurhaliza ke, Datin Rosmah dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s