Bergelar Pelajar Tahun Akhir

Posted on Updated on

Pejam celik -pejam celik sudah di pertengahan semester. Bulan depan sudah peperiksaan akhir, pembentangan proposal Projek Tahun Akhir (yang baru kusentuh sedikit) dan akhirnya, akan bertemu semester akhir aku di sini.

Semester ini dengan 17 kredit, aku harap aku boleh memperoleh gred yang tinggi supaya CGPA ku sekarang; 3.26 dapat melompat tinggi juga. Amin.

Pokok-pokok Steviaku kecil-kecil lagi. Harusku tanam 100 pokok di belakang bangunan Kuliyyah Science. Menanam pokok dengan kaedah microcutting dan hormon penggalak akar bukanlah semudah yang disangka. Tetapi alhamdulillah, aku mendapat SV yang baik, tambahan sangat pakar.

Stevia masih baru di Malaysia, tetapi di negara-negara membangun seperti Jepun sudah lama digunakan. Tanpa kalori-bermakna tanpa menyumbang kenaikan berat badan, pemanis tiruan-bererti sangat sesuai untuk golongan yang menghidap kencing manis & diabetis serta berdiri sebagai alternatif gula yang menyihatkan.

Kemudian di semester depan, aku akan menjadi penghuni makmal setia genetik. Bermain dengan EtBr, PCR dan Molecular Marker yang punya ciri-ciri jumping genes-gen yang melompat?

Barangkali mencari kaitan genetik antara jenis-jenis pokok stevia yang berjumlah ratusan ini dianggap mudah, tetapi aku harus mengoptimumkan hasilnya dan yang paling penting objektif kajian ini membolehkan pembiakkan pokok baka baik dengan menggunakan teknologi pemilihan ciri-ciri molekular berbanding ciri-ciri luaran pokok.

Di masa depan, mana tahu aku boleh jadi pegawai penyelidik Syarikat Stevia? =) Jadi kalau kau datang rumahku sewaktu hari raya, tak perlu risaukan penyakit kencing manis lagi.

~~~

Ulangtahun ke-23ku 3 September tempoh hari, terima kasih atas ucapan (Hawa, Hanah, Maisa, Adah) dan hadiah daripada

Adik-KFC (dia makan tiga ketul, kakak dia seketul)

Ma& abah-t shirt labuh hijau epal yang cantik, handmade kek marble by ma

Aisyah-handmade card yang ada ucapan mengharukan -saja ja nak bagi wani nangis dan coklat sedap =) nak lagi dah habis

Kak Shu-pen cantik dan keychain yang ada lampu (guna untuk suluh barang dalam gelap)

Nadiah & Fazilah- sikat kucing dan tempat minum kucing (ada ke patut, ni bukan birthday kucing wani) Gurau je. =p

Adik Mira darling -hadiah paling best teddy bear yang ada big heart I love you ( Kak long love you too, muah muah..bila dapat terus sorok, takut anak-anak buah nampak)

Maisa-jeng jeng jeng..(belum dapat lagi)

Terima kasih. Tahun depan bagi lagi na..=p

Kepada yang belum bagi lagi atau tak berniat pun nak bagi hadiah kat wani, sila beli sekarang!

(amboi, sekeh kepala wani ni baru tau)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s