Kopi, Wardah Puteh & …

Posted on

Seminggu ini, sukar benar saya melelapkan mata. Kalau tidak, pantang saja letakkan kepala di atas katil terus terlelap.

[Entah-entah sebab penangan kopi cuppucino Cik Mah yang sangat sedap tu. Rugi sangat tertinggal di rumah. Walau pun sebenarnya kopi itu ada kafein-toksik. Boleh sebabkan bayi dalam kandungan terencat pertumbuhan. Jadi tak baik minum banyak kopi dan teh selalu. Eh, macamlah saya mengandung =p ]

Projek tahun akhir  jadi kambing hitam-kerana saya lebih tumpukan benda lain-termasuk menulis di blog ini. Pokok-pokok Stevia saya khabar tidak baik. Sepokok mati. Empat sahaja yang hidup setelah microcutting. Kata SV, kalau tak yakin-tanam semua tumbuh-makanya saya kena berlatih lagi. Barangkali jemari-jemari saya tak cukup ‘hijau’. Selalu saya pilih hari Jumaat untuk menanam pokok baharu, supaya berkat. Nampaknya perlu saya usahakan lagi. SV galakkan saya ke UKM, jenguk dan belajar dari student masternya yang buat projek yang sama dengan saya, tetapi dia gunakan pokok lain-Roselle. Saya memang ingin pergi dan belajar, kalau boleh sebelum pembentangan proposal bulan hadapan. Alang-alang hendak ke Bangi, boleh pergi sekali program penyampaian hadiah puisi, saya fikir dan rancang, tapi Allah menentukan. Saya gemar buat kerja serampang dua mata.

Di saat tengah sibuk dengan peperiksaan, saya rasa tidak berbaloi pergi dalam minggu ini. Tiba-tiba baru dapat tahu semalam, program penyampaian hadiah Sabtu ini. Berat pula nak pergi. Tambahan rasa sangat malu pula nak berpuisi.

Dulu semasa dijemput deklamasi sempena Culture Night UIAM Kuantan, lampu di auditorium ditutup, gelap tak nampak satu bayang pun di bawah termasuk pengerusi majlis. Bolehlah buat gaya siap tunjuk-tunjuk lagi, padahal tak nampak apa-apa. Hehe. Kemudian, baca puisi sempena program anak yatim Permata Camar. Masa di hadapan, tiba-tiba adik-adik yang comel lote ni ambil kerusi ramai-ramai susun depan saya yang baru mula nak berpuisi.  Terus terjatuh buku puisi terlalu gemuruh sampai adik-adik tu gelakkan saya.

Nampaknya tak dapat pergi ke Bangi. Jauh dan sendiri. Bahaya kalau tak biasa. Saya tak berani. Tapi…[fikir lagi]

Esok peperiksaan pertengahan semester yang pertama selepas cuti Hari Raya. Sempat lagi menaip di blog-ni sindrom pelik saya-kalau sibuk dengan peperiksaan/ kuiz, mesti dah tak betah baca nota saat akhir-selalu menulis puisi atau blog. Semester lepas lagi gila, tengah nak peperiksaan akhir, boleh pula join Facebook. Kemudian bosan. Lepas habis peperiksaan padam akaun Facebook. Patutnya menulis puisi lagi bagus [sekeh kepala] Dah lama tak keluar puisi di media. Lagi pula keputusan peperiksaan saya semasa suka sangat tulis puisi saat genting nak periksa lagi tinggi daripada masa saya buat akaun FB.

Ada kaitan ke? Huhu.

Doakan saya yang terbaik. =)

Ini poster program Sabtu ini. Jemputlah datang ye [macam tuan rumah pulak] Kalau ada rezeki, jumpalah saya di sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s