Surat daripada Pelajar yang Kecewa

Posted on

Pelajar kecewa khidmat bas ekspres Maraliner 2010/09/22

SAYA seorang daripada pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan bas ekspres Maraliner. Baru-baru ini, pada 13 September lalu, saya menggunakan perkhidmatan itu dari Alor Setar, Kedah ke Kuantan, Pahang. Namun, saya berasa kesal dengan beberapa kejadian.

Antaranya kelewatan bas bergerak ke destinasi kira-kira setengah jam daripada asal (sepatutnya bertolak pada jam 10.15 malam). Hal ini berlaku disebabkan bas yang terlewat tiba iaitu jam 10.30 malam dan ketidakcekapan pihak bertugas memeriksa tiket penumpang. Disebabkan kelewatan ini, bas dipandu laju terutama di jalan biasa. Di stesen bas Temerloh pada jam 6.30 pagi, saya ditinggalkan bas ketika turun untuk solat Subuh. Keadaan tandas yang bercampur wanita dan lelaki, tempat wuduk terbuka di tandas serta tempat solat wanita yang berkunci menyukarkan saya bergerak pantas. Saya menghubungi talian aduan Maraliner beberapa kali (03-26979797 dan 0136231010), namun tidak diangkat. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bas lain dari Temerloh untuk ke Kuantan dan meminta rakan mengambil barang saya di terminal bas Kuantan.

Sebaik sampai di Kuantan, saya bergegas ke kaunter Maraliner untuk menuntut ganti rugi harga tiket dari Temerloh ke Kuantan bernilai RM10.80, namun saya dilayan tidak profesional.

Saya diminta menunggu untuk pengesahan harga tiket padahal saya sudah menunjukkan bukti tiket dibeli ketika di Temerloh dan tiket asal bas Maraliner Alor Setar ke Kuantan.

Sememangnya, harga tiket tidaklah seberapa, tetapi hak saya sebagai pengguna tidak terbela. Isu tempat wuduk terbuka dan tempat solat berkunci juga tidak harus dipandang enteng.

Saya berharap agar pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini sewajarnya supaya pengguna yang lain tidak menghadapi masalah yang sama lagi.

WARDAH PUTEH,

Pelajar tahun akhir Bioteknologi,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

 Kampus Kuantan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarkecewakhidmatbasekspresMaraliner/Article

 

One thought on “Surat daripada Pelajar yang Kecewa

    eelmarmono said:
    December 13, 2010 at 9:15 am

    salam maal hijrah moga diberkati tahun baru ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s