Bisikan Kalbu Wardah Puteh

Posted on Updated on

Sebulan lagi sebelum peperiksaan akhir semester 1 2010/2011 menjengah.

Aku masih terkulat-kulat dengan Projek Tahun Akhir-yang dikata pensyarah persis projek MA. Aku tak mau melanjutkan pengajianku kerana terkandas. Makanya aku perlu berusaha keras.

Tahun 2010, hampir sahaja sampai ke penghujung. Ada jamuan hari raya Minggu Penulis Remaja hujung minggu ini. Aku malu nak hadiri. Kalau bertemu sesiapa yang kukenal, lebih-lebih lagi guru-guru puisiku-apa jawapan yang mau aku beri jika ditanya tentang perkembangan terkini?Calon-calon peserta MPR 2010 sekarang barangkali sedang mengisi borang. Aduhai, pantasnya masa berkejaran. Dua tahun sudah berlalu.

Mana buku karyaku?

Mana puisi terbaruku?

Mana semangat yang menjulang-saban bulan terbit karya?

[Mengeluh]

Aku memang tak rela penulis-penulis bukan berlatar belakangkan sains menulis buku perihal sains, sedangkan aku hanya mampu membaca sambil meneguk kopi. Menelan terasa pahit.

[Amboi ayat =P ]

Kepada peminat-peminat ku di luar sana, jangan putus harap. Nantikan kemunculan semulaku di media.

Sekian. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s