Kumbang gatal atau Bunga?

Posted on Updated on

Akhirnya saya dapat siapkan satu cerpen 9 muka setelah hampir tiga jam berterusan menulis dan mengulang baca.  =)

Perasaan melahirkan karya baru sangat unik. Lebih dahsyat daripada akibat minum kopi satu jug. Macam dibius.

Idea mula-mula terpancul setelah membaca buku Keluasan Islam. Kemudian saya selit dengan kisah yang betul-betul terjadi antara teman-teman di kampus. Saya ingat mahu tulis ringkasan sahaja di netbook. Tetapi, mendesak pula idea nak keluar. Maka, saya pun bagai terlekat punggung di atas kerusi. Sampai lenguh jemari.

Alhamdulillah.

Saya namakan Cahaya Amanah. Tak menarik sangat kan? Saya dah kontang idea nak beri nama.

Sudah dihantar ke Dewan Siswa. Berdoa semoga tembus dan dibaca. Diambil pengajaran jikalau ada. Amin.

Baru habiskan bacaan naskhah Mandatori karya Ramlee A.M. Betul-betul menarik. Buku percuma hadiah daripada pertandingan tempohari. Ini kali pertama saya baca betul-betul karya beliau. Sebelum ini maklum gaya penulisnya, tetapi hanya belek sikit-sikit.

Sempat lagi tu.

Padahal peperiksaan Rabu depan belum habis baca lagi. =p

Notakaki: Selamat berkonvo Raihan Farhanah di UIAM Gombak. Tahniah  sepupuku yang masam. Katanya nak kumbang. Saya bagi bunga. Kumbang banyak yang kukenal, tapi gatal.

2 thoughts on “Kumbang gatal atau Bunga?

    pcbdaily said:
    October 4, 2010 at 5:47 am

    tahniah wadah puteh semoga kau berjaya hendaknya dunia dan akhirat

    wardahputeh responded:
    October 4, 2010 at 8:25 am

    Terima kasih Dr. Muaz Adam. Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s