Umur berapa kamu nak kahwin?

Posted on Updated on

Sekarang ramai wanita di luar sana yang berazam nak berkahwin lewat. Sudah jadi macm trend. Lagi-lagi yang dah berkerjaya.

Tetapi, tahukah anda?

[Bila buat macam ni, adikku selalu pura-pura tidur]

 

 

Semakin lewat anda berkahwin, makin tinggi peratus untuk dapat zuriat yang terdedah kepada sindrom-sindrom berbahaya. Sebabnya, telur-telur yang ditelurkan [?] juga makin meningkat tua seiring usia kita.

[Ai, sejak bila jadi ayam ni]

Ini bukan penyakit pada asasnya, ini adalah sindrom yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit kerana ia berkaitan mutasi pada genetik.

Sel-sel kita mengalami dua proses untuk pertumbuhan-meiosis & mitosis. Sel-sel gamet (sperma dan telur/ovum) mengalami meiosis.

Pada fasa anaphase, kromosom akan dipisahkan ke kutub-kutub sel dengan bantuan microtubule-sejenis protein. Ini dipanggil mekanisma ‘walking gene’. Kekurangan protein boleh sebabkan mekanisma ini tidak berjalan dengan lancar menyebabkan kromosom tidak terbahagi dengan baik.

Sebab itulah, kita dapati Down Syndrome ada 3 kromosom pada kromosom 21 [sepatutnya 2].

Bukan sekadar omongan kosong. Ini sudah dikaji. Sila rujuk bawah:

Kredit: Wikipedia

 

Bukan sekadar Down Syndrome. Banyak lagi sindrom boleh berlaku disebabkan mutasi ini.

Pun, sindrom-sindrom sebegini walau pun kesannya menyedihkan, dapat diperbetul dengan bantuan sekeliling/ persekitaran. Sebabnya, ekspresi diri bukan sekadar dipengaruhi gen tetapi persekitaran. Contohnya pemikiran [sindrom ini selalu dikait dengan terencat mental/ mental retardation], dengan bantuan ibu ayah, sekeliling yang menggalakkan, pesakit boleh membina pemikiran kritis kembali, walau pun tidak 100%.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s