Pisang yang Membawa Kegembiraan

Posted on Updated on

Selepas habis hari ini yang terasa sangat panjang, terus menuju kedai bersebelahan kampus. Beli pisang seikat yang kaya dengan serotonin (ubat gembira semulajadi) dan susu tepung Anlene sebab sudah banyak teguk kopi untuk tahan mengantuk.

Saya bimbang kalsium dari tulang saya terhakis kesan kopi, sebab baru-baru ini kena serangan di lengan. Kalau cari di internet katanya writer’s cramp. Eh, ada kaitan ke? Tak apa, minum susu baik untuk kesihatan. Lepas minum tidur dengan nyaman. Kemudian beli Black Forest Secret Recipe, penghargaan untuk diri. Nyum nyum. Tambah lagi lemak 1 kilo. Nyum nyum.

Hari-hari yang berlalu, banyak sangat dugaan. Inilah masa untuk menghargai hati sendiri. Kalau bukan diri sendiri siapa lagi?

Saya baca tentang ikan Salmon yang unik. Ikan ini ingat tempat asalnya walaupun dibawa alir air sungai jauh. Menentang arus kembali ke asal, untuk membiak.

Tidak ada salahnya jadi ikan Salmon yang menentang arus untuk jadi baik kan?

Masa di sekolah dulu, abah selalu pesan, jangan lari daripada masalah, tetapi hadapi masalah. Waktu tu saya menangis teresak-esak, abah tak pedulikan. Saya rasa tak dikasihani. Tetapi apabila dewasa, saya sedar apa yang abah cakap tu betul.

Memang perlukan hati yang besaaarr untuk sabar. Sebab itu saya sangat kagumi orang yang sabar dan bertolak ansur walaupun dia berhak nak marah. Orang yang bertolak-ansur tu orang yang sentiasa menang, walau pun nampak berat sebelah. Macam Perjanjian Hudaibiyah.

Saya juga percaya makin banyak ujian, maknanya kejayaan tu dah dekat nak jadi milik seseorang tu. Kalau dia bersabar dan cekal usaha terus-terusan memang Allah akan bagi. Jadi kalau ditimpa kesedihan atau masalah, saya cepat-cepat berdoa dalam hati, “Ya Allah, aku ditimpa susah, aku redha. Kerana kesabaranku, Kau kurniakanlah kejayaan.” Ala-ala kisah 3 pemuda yang terperangkap dalam gua tu. Hehehe. 

Memang pun semakin nak dekat dengan exam atau tengah banyak kerja, tiba-tiba masa tulah semua benda nak jadi. Ada-ada ja. Sampai rasa geram, sedih dan macam-macam lagi. Rasa nak balik rumah dan bertukar jadi bayi supaya dapat tidur je kejanya, disayang semua orang, tak payah besar-besar lagi.

Tapi tak boleh. Impossible. Walaupun dengan genetic recombination. Bertukar jadi bersinar boleh.

Kesimpulan daripada entri kali ini ialah:

Sabar, muka tak malu dan degil adalah ciri-ciri saintis yang sejati.

 Eh, ada kaitan ke?

Nota Kaki: Ikan Salmon transgenik hasil genetic recombination tak menentang arus kembali tempat asal sebab tak cukup tenaga- badan terlalu gedempol.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s