Kesayanganku, Stevia

Posted on Updated on

Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar

namun jika cinta kudatangi

aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

namun tanpa lidah,

cinta ternyata lebih terang,

sementara pena begitu tergesa-gesa

menuliskannya.

Kata-kata pecah berkeping-keping

begitu sampai kepada cinta

Dalam menguraikan cinta,

 akal terbaring tak berdaya

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur.

Cinta sendirilah yang menerangkan

cinta dan percintaan.

~Rumi

Kesayanganku stevia sudah mulai jinak.

Akarnya yang halus seperti helai rambut perempuan sudah mulai tumbuh. Hijau daunnya yang subur boleh membuat saya tersenyum sendirian. Bila melihat ia bersusah-payah untuk hidup, saya kembali kagum dan bercakap-cakap dengannya memberi semangat untuk terus hidup.

Stevia juga telah menyatukan saya dengan ramai orang. Saya mengakrabi diri dengan Fazilah, Prof. Mohamad, Pak Dolah, Pak Latif Nigeria yang punyai dua isteri (pelajar pHd), pengusaha-pengusaha ladang stevia, dan pegawai syarikat baja organik. Ke hadapan barangkali kami dari UIAM Kuantan akan melawat ladang sepuluh ekar stevia di Nilai. Saya berkira-kira untuk menulis kepada syarikat baja organik untuk bekalan baja percuma.

Pokok-pokok stevia yang kami tanam ini, bakal menjadi perintis kursus Agrikultur yang baru saja dibuka kampus Kuantan. Moga-moga pohon renek ini akan mengalirkan pahala pula untuk kami. Tumpang memberi ilmu pada bakal pelajar-pelajar Agrikultur UIAM Kuantan.  

 

عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مسلم يغرس غرسا إلا كان ما أكل منه له صدقة. وما سرق له منه صدقة. وما أكل السبع منه فهو له صدقة. وما أكلت الطير فهو له صدقة.

Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada seorang muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung, manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi sedekah untuknya. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

 

إن قامت الساعة وبيد أحدكم فسيلة فإن استطاع أن لا يقوم حتى يغرسها فليفعل

“Apabila berlaku kiamat dalam keadaan di tangan kamu ada anak pokok maka hendaklah dia menanamnya.

(hadis riwayat Ahmad)

Lagi,

في كل كبد رطبة أجر.

“Pada setiap yang bernyawa itu ada ganjaran pahala.”

 (al-Bukhari)

Ma di rumah cadangkan saya biakkan pokok kaktus yang bercambah naik dengan subur. Kami beli sudah lama di Cameron Highlands. Berjenis-jenis. Saya fikir mahu pindahkan ke pasu kecil dan jual di pasar malam. RM3 pasu kecil.

Juga ada beberapa pokok Stevia yang kami mau jual. Sepokok (kecil) RM5. Hubungi: 0139755567 (Sr. Hazwani)

Nota Kaki: Stevia pokok manja, sesuai untuk orang manja. Rasakan, susahnya nak melayan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s