Pertanyaan Buat Tuhan

Posted on

Pagi ini redup.

Semalam hujan begitu lebat sampaikan kilat memancar-mancar di hadapan mata saya, seperti pembunuh yang mencari orang-orang berdosa.

Kabus masih menyelubungi udara sewaktu saya menampak ke kafeteria. Sengaja saya berjalan kaki. Mahu bersenam sambil memenuhi tuntutan perut yang kelaparan.

Udara yang saya sedut terasa begitu lembap. Seperti masih tersisa rintk-rintik hujan malam tadi. Kampus masih sunyi. Hanya kelihatan satu dua manusia yang berjalan di sekitar saya. Barangkali ramai yang masih diselimuti gebar. Saya yang sedang berjalan ini pun, masih menahan kantuk. Semalam tidur pukul 12.00 tengah malam. Sudah lewat bagi saya yang sering dibuai mimpi selepas Insya’ lagi.

Saya terpaksa bertahan, udara pagi tak boleh dipersiakan. Pagi terlalu indah untuk diabaikan.

Burung-burung tak kelihatan, yang saya nampak air kolam keruh dan mengalir laju. Rumput-rumput hijau basah. Langit biru tua. Belum cerah. Jam 7.30 pagi.

Semalam tiba-tiba hati dipuput sedih, satu puisi pendek sempat menyelinap di kepala dan terus saya tulis:

PERTANYAAN BUAT TUHAN

Tuhan,

adakah manusia diciptakan dengan air mata?

Kerana mataku tak pernah kering

dan langit selalu kabur.

Tuhan,

adakah manusia ditakdirkan untuk menangisi,

jalan-jalanku penuh berduri

padahal mawar yang ingin kujelmakan.

Tuhan,

 mengapa pelangi tak pernah setia di kaki langit

waktu cerlang matahari  mahu membunuhku?

Tuhan,

adakah Kau sudah lupakan perca-perca hatiku

yang kuberi dulu?

Hidupku kini kian rapuh.

 

Tetapi, bangun saya pagi ini, terasa begitu segar.

Memang nikmat Tuhan tak akan dapat didustakan manusia.

Lihatlah, setiap kali hujan, pasti aroma segar akan bertandang. Seolahnya hujan telah menghapuskan semua noda dan memberi nafas baru.

Untuk pagi yang indah ini mari kita raikan dengan, Subhanalllah. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s