Nak jadi pembunuh, jadilah saintis

Posted on Updated on

Hari ini kami beramai-ramai buat praktikal toxicology. Pagi tadi saya sibuk dengan biawak dan monyet. Petang pula saya ‘bermain’ dengan ikan emas.

Er, bukan main.

 

Tapi BUNUH!

 

Jadi saintis bermakna kadang-kadang tanpa rela kamu perlu jadi PEMBUNUH. Tapi alhamdulillah, sahabat saya cik Aishah Azman SANGGUP SPONSORED saya RM1 untuk beli ikan dan bunuh. Huhu~

Mula-mula kami bancuh toksik Copper II sulphate/ Zinc Chloride dan campur dengan air suling. Kumpulan saya kena concentration yang rendah. Alhamdulillah, tak bunuh banyak sangat.   ^_^

 

Ikan-ikan jadi tak keruan. Ada yang buat aksi pelik melompat-lompat sambil sedut udara. T-T

Copper II sulphate selalunya digunakan sebagai racun rumpai, serangga dan fungus. Kalau terlalu banyak boleh menyebabkan kerosakan otak, perut, hati dan buah pinggang.  Zinc Chloride pula kurang berbahaya berbanding copper II sulphate dan banyak digunakan dalam industri tekstil untuk lembutkan kain. Tetapi boleh juga digunakan untuk buat  smoke bomb!!!

Sangat menjengkelkan bila berasa gembira dapat bunuh seekor ikan.

For the sake of research? Huhu.

Kematian ikan-ikan mengikut concentration bahan toksik digunakan untuk mengira LD50; Lethal Dose 50. Maknanya berapa banyak ikan mati pada dose 50% daripada sejumlah kepekatan toksik yang diguna.

Inilah hasilnya:

 

Dan beberapa orang hamba Allah gembira membawa pulang hasil tangkapan untuk dibela di bilik masing-masing. *Gambar tak sempat tangkap*

Harapnya, monyet-monyet UIA tersilap makan ikan tu. Muahaha

5 thoughts on “Nak jadi pembunuh, jadilah saintis

    fazilah said:
    October 26, 2010 at 1:55 pm

    x jadi bawak balik
    takut kami pun mati keracunan jgk nanti
    Nauzubillah

    Saya said:
    October 26, 2010 at 2:34 pm

    kejam kak Long.. [psycho3~]

    Najma said:
    October 28, 2010 at 5:18 am

    Wani…
    kami lg byk bunuh ikan…
    bygkan kami ulang experiment acute toxicity tu 3 kali..
    sbbnye prof k xpuas ht kami xdpt result yg sepatutnye…
    satu grup dh bunuh 30ekor…huhu
    dhla grup kami gne ikan tilapia…
    kalu bela smpai besar n mkn mesti sgt sedap:)

    wardahputeh responded:
    October 28, 2010 at 1:06 pm

    Fazilah, kemain lagi muka riang gembira dapat ikan, tengok-tengok tak jadi???!

    Raihan Farhanah [tiba-tiba tukar saya ye tak nak ngaku kawan monyet haha] Bukan kejam, tapi zalim. For the sake of knowledge whatever…hu

    Najma, tak dapat dibayangkan kegetiran yang budak envi terpaksa hadapi. Saya bersimpati. Huk huk.

    N said:
    November 2, 2010 at 2:00 pm

    nasib baik sy xamik environment..
    alhmdlh ikan group sy gak yg hidup semuanya..
    lau tak , tak lalu mkn la jwbnya sejam dua huhu
    semoga ikan2 y mati syahid dtempatkan dikalangan ikan2 y soleh..amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s