Happy Postcrossing!

Posted on Updated on

Di akhir-akhir semester ni, sempena hari-hari terakhir bergelar pelajar universiti, macam-macam aktiviti diadakan. Tangkap gambar entah berapa ratus kali (terima kasih kepada jurugambar-jurugambar penuh aksi menayangkan kamera DSLR kamu), jamuan-jamuan, Annual Grand Dinner tema Arabian Night, dan bertukar-tukar tanda ingatan.

Empat tahun berkenalan, berkutukan, menjeling manja, me’leser’, mengurat, bergaduh dan sebagainya, semestinya semua kenangan ini tak dapat dilupakan. Bakal jadi kenangan klasik untuk diceritakan pada anak cucu. =’) [Mana tahu nanti, sebab tak dapat lepas geram selalu kena buli dengan si A, dah kerja jadi pensyarah jumpa anak si A, boleh cubit-cubit sampai LEBAM & BERKEMATU]

Ok, padahal entri ni nak cerita pasal benda lain, tiba-tiba emosi tak keruan.

Semalam, disebabkan saya tertinggal kunci motosikal dalam beg plastik dan beri kepada kawan beg plastik tu, maka terpaksa berjalan kaki dari Kuliyyah,  BALIK asrama di bawah rintik-rintik hujan. T-T

Nasib baik Aishah Azman ada di perpustakaan untuk dikerah pergi ambil kunci motosikal kembali daripada kawan saya yang tersebut. Jadi lepas Asar saya dengan gihgih menapak ke bilik beliau.

Saya percaya ada hikmahnya. Hikmahnya selain terpaksa berjalan ditemani sorakan monyet-monyet UIA (ciss!) dan dapat coklat Cloud 9 dan choki-choki dari Aishah ^_^ *tengok dah nak grad tapi mentaliti budak tadika*

DAN…

INI:

 

 Postcrossing!

Postcrossing adalah laman web yang membolehkan kamu bertukar-tukar poskad dari kawan-kawan seluruh pelusuk dunia! ^_^

Aisyah Azman sudah memulakan kegiatan ‘beli poskad paling murah dan setem hanya bernilai 50 sen’ ini sejak tahun lalu dan beliau ada sekotak poskad yang cantik-cantik! Dan pal yang kacak.  Mengujakan kan?

Poskad-poskad yang menceritakan 1001 kisah di sebalik gambarnya. Info-info berguna dan cerita-cerita menarik berserta  tulisan tangan berceloreng (macam cakar ayam)  kawan yang tak pernah kamu temui; barangkali di kutub Utara ataupun dari Jepun, USA, Korea, India, Uzbekistan dan dan dan [apa lagi eh nama negara kat dunia ni?]

 

 

 

Memang patut saya join Postcrossing -_-

3 thoughts on “Happy Postcrossing!

    Aisha said:
    October 28, 2010 at 2:42 pm

    Haha.. pal yg kacak ye? btl jgk tu ;p i’ve actually learned a lot from the postcards. sblm ni sgt ignorant ttg hal2 seluruh dunia. but then, thorugh postcrossing, baru la aware ttg seasons, cities in other foreign countries and known lots of touristic sites! walaupun misi utk travel around the world masih sekadar impian yg blm mampu jadi kenyataan -_-” anyway, i’m sure one day it will be fulfilled i’Allah =)
    yep, wani should join postcrossing. then, we can go travel abroad together ^_^

    wardahputeh responded:
    October 29, 2010 at 8:08 am

    Amin Aisyah. Sayang awak kerana Allah! ^_^

    Lupa nak cakap, dari PALESTIN pun boleh dapat poskad [!] menurut Aisyah, tapi makan masa hampir setahun. Jom menulis, apa-apa pun semua yang kita buat biar ada matlamat dan perancangan. Insya’Allah semuanya akan menuju kepada kebaikan dan berfaedah pada diri, keluarga, bangsa dan agama.

    N said:
    November 2, 2010 at 1:55 pm

    wow. igtkn amenda la tadi.. tapi

    penpal s dah hilang~ terlalu bz T_T

    p/s: puisi drpd tuhan..w, sungai mana ada tengik..sungai masin la.
    aiya sudah brapa kali mau bilang ma~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s