Banjir

Posted on Updated on

Saya: Kalau rumah kita banjir, barang apa yang nak diselamatkan dulu?

Adik: Kalau adik, buku-buku dulu.

Saya: [Dalam hati, huish baguihnya] Pastu, laptop tak nak selamatkan?

Adik: Laptop biar. Nak yang baru.

Saya: “-_-

 

Sana sini situ bencana alam. Banjir di Kedah, Perlis dan Pantai Timur. Bergelora, berpusar-pusar ombak besar melanda Indonesia. Ditambah pula gunung berapi yang mengamuk muntahkan lahar.

 

Fire and Water.

Dua unsur saling bercanggahan kini bergabung. Kelam-kabut jadinya!

 

Kalau dahulu, banjir tak pernah melanda Kota Setar begitu lama. Tetapi kini, laut yang hampir bagaikan merajuk. Tak mahu menolong sesarkan air berlebihan di dataran. Air bersih tercatu.

 

Manusia menjadi semakin kreatif untuk kelangsungan hidup.

  • Gunakan daun pisang untuk makan dan jimatkan air.
  • Gunakan tisu untuk bersihkan t*** selepas ~uuh.
  • Tadah air hujan untuk kegunaan harian susun keliling rumah.
  • Ambil air di surau walau pun sebenarnya tangki surau lagi kecik daripada tangki rumah kamu ish ish -_- . 
  • Berpindah ke rumah saudara terdekat. Kalau di atas gunung lebih bagus. Lepas ni nak buat rumah atas Gunung Ledang.
  • Hasil tanih lahar gunung berapi pula baja yang bagus banget dong!

 

Pelik pula di Kuantan, Pahang berbeza benar daripada tahun pertama saya di sini. Tiada hujan memanjang dan lebat. Malah cuaca pun kadang-kadang sangat terik!

 

Kamu tak fikir bumi merajuk?

 

Atau pun dah tak tahan lalu mengamuk?

 

 

Moga saudara-saudara di Perlis & Kedah dipermudahkan dan sabar. Juga di Pantai Timur dan Indonesia. Amin.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s