Stress? Oh Tidak!

Posted on

Stress!

Mulalah semua tak kena. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Bibir selalu terasa kering.

 

Eh eh, macam berchenta pule~

 

Lagi beberapa hari lagi ada exam tiga hari berderetan. Nota bertimbun tak habis baca lagi. Belum hafal lagi. Kurang-kurang kena 3 kali ulang baca baru mantap  -_-

 

Tapi tak boleh stress.

Nanti immune system merosot. Insulin terganggu. Glucose tak boleh diguna. Makin gemuk. Oh tidak!

Lagi pun, Dr. Muzaffar cakap orang yang selalu marah-marah tak tentu fasal ni petanda SAKIT DARAH TINGGI. “-_-

 

 

Kamu tahu tak Darah Tinggi tu apa?

kalau tanya cenggini makna cik Wardah Puteh nak membebel nota dia baru baca=p

 

 

Darah Tinggi ni terhasil oleh tekanan darah yang telebih had pada dinding salur arteri. Tekanan darah  hasil daripada:

Systolic: Heart working/ pumping blood

OVER

Diastolic: Heart relaxing

 

Tekanan darah normal selalunya berada dalam lingkungan 130/ 85 Hg mm. Lebih daripada ini dikira sakit Darah Tinggi kalau berterusan.

 

Macam mana boleh dapat Darah Tinggi?

Macam-macam ada. Eh op. Macam-macam cara.

1. Kolesterol tinggi

2. Kuturunan/ genetik

3. Gomok

4. Stress

5. Makan banyak garam: Ni tak payah gitau pun tak pe

6. Minum kopi: minum banyak sangat boleh dapat HBP

7.  Hisap rokok

8. Mengandung: sebab time pregnant, vessel mengembang, banyak fluid tapi kurang Na+

9. White-coat hypertension: jumpa doktot je terus darah naik. Huk huk. Sebab doktot hansem sangat kut

 

 

Kesan kat diri

1.  Otak: salur darah yang lemah pecah, hemorrhage happened, stroke. Ataupun ada blood clot kat salur darah sempit dan tumor pun boleh sebabkan strok.

2. Jantung: Sakit jantung la of course! Apabila otot jantung tak dapat cukup oksigen,dada rasa seperti ditusuk sembilu [aisheh] ni dinamakan ANGINA. Bukan Angelina Tan ye.

Kenapa tiba-tiba teringat adikku? Oh…panggilan mama kat dia. Haha~

3. Buah pinggang: Tersumbat sebab terlalu banyak sangat sampah tersangkut disebabkan salur darah sempit/ tersumbat. Lama-lama rosak. Kena buat dialysis/ transplant organ baru. Takut tak???

4. Mata: Buta!

Sungguh–dasat—

Disebabkan pendarahan pada mata pastu kabur dan lama-lama…

speechless…

5.  Arteries: makin keras, jantung pam lagi kuat

 

Takut tak? Takut kan?

Apa? Tak takut?

Sila tampar pipi sendiri SEKARANG!

 

 

Oh. No. Tak boleh marah tak tentu fasal. Tarik nafas.

 

 

Sekarang kita beralih pula kepada cara-cara untuk merawat/ elakkan.

1. Makan dengan sihat. Tiru macam saya, pagi-pagi makan nasi minyak dengan kopi ais. Burb..alhamdulillah. <–ajaran songsang

Ada DASH diet. Meaning Dietary Approaches to Stop Hypertension. Senang je, tambahkan 1 hidangan sayur, 1-2 buah-buahan, 4-5 kekacang etc., kurangkan lemak tepu dan kolesterol ..amaran makan sebijik telur dah mencukupi untuk keperluan kolesterol untuk sehari: 300 mg

2. Pastikan berat badan ideal. “-_-

3.  Selalu aktif. Kalau boleh parking keta 1 km dari tempat kamu nak pergi. Pastu naik tangga walaupun rumah kamu kat kondo tingkat 15.

4.BERHENTII MEROKOK kasihanilah anakanda di rumah, bini kamu tiap hari bau rokok kalaumacambauminyakwangitakpalajugak dan JANGAN MINUM ALKOHOL. Alhamdulillah Muslim dah terang-terangan elak 2 benda ni. ^_^

 

Ubat yang ada untuk turunkan tekanan darah:

1. Diuretics: Supaya kita selalu khencen. Buang air lebih. Buang bendalir.

2.Beta blockers, alpha blockers, alpha-beta blockers, nervous system inhibitor: kurangkan impulse ke jantung supaya darah mengalir dengan selesa

3. Angiotensin converting enzyme/ angiotensin antagonist: salur darah relax, darah mengalir dengan selesa. Pemanduan selesa. Exora.

4. vasodilator: besarkan salur darah supaya dapat memandu dengan selesa.

 

 

Op, sebelum tu. Penting juga buat PEMERIKSAAN KESIHATAN SEBAB SELALU TAK PERASAN BILA DAH DAPAT DARAH TINGGI NI!

Tips:

1. Jangan minum kopi atau merokok 30 minit sebelum pemeriksaan.

2. Duduk 5 minit sebelum periksa.

3. Pastikan bahagian belakang badan bersandar dan kaki letak di lanati rata.

4. Letak tangan separa dengan jantung.

 

 

^_^   Selamat menjaga kesihatan diri.

Sekian. Y -_-

 

 

 

2 thoughts on “Stress? Oh Tidak!

    fazilah said:
    November 9, 2010 at 4:15 pm

    wani, mohon share yer d FB

    wardahputeh responded:
    November 9, 2010 at 11:20 pm

    Boleh-boleh. Permohonan diluluskan. Cop SIRIM lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s