Cuti-cuti Wardah Puteh

Posted on Updated on

Wah lama betul tak menulis di sini. Cuti sakan betul. Sebulan cuti jangan dilepaskan peluang, manjakan diri BETUL-BETUL*bisik nafsu. Rancangan mau balik awal buat FYP pun terbatal. Ish ish sangat teruk ni. Lalu terpaksa mesej supervisor, pilih sempena awal muharram, di bawah sekali terselit “minta maaf saya tak jadi balik” tanpa alasan. =p

 

Maafkan saya prof, saya takut duduk di mahallah yang sunyi tu. Monyet suka kacau saya. T-T

 

 

Sepanjang cuti apa yang Wardah Puteh buat?

 

Berkumpul dengan famili, balik kampung adalah part paling syok. Memeramkan diri di Naka, Seri Julok Resort dan ronda-ronda Langkawi.

  • Masuk Underwater World yang ada penguin ghupanya…huh..kampung sendiri tapi tak sempat pun nak berjalan…Selain penguin, kamu boleh tengok singa laut mengawan dan spongebob versi ikan yang ada sesungut seperti siput babi.
  • Ziarah Sang Bedal di Crocodile Farm, cari Bujang yang ada muncung penyet, masa kecik-kecik ingat dia tereksiden langgar dinding, tapi sebenarnya memang cacat sejak lahir [menurut poskad yang dibeli untuk POSTCROSSING].
  • Pantai Tanjung Rhu…hajat nak naik bot bagi makan helang dan ikan pari di tengah-tengah laut belum kesampaian. Nantilah, tunggu teman-temanku Emilia, Yah, Fazilah dan Nadiah yang dah janji dari matrik sampai sekarang tak datang-datang…ish ish
  • Pantai Tengkorak. Menurut abah dulu batu-batu kat sini merupai tengkorak. Patutlah tak ada orang. Dahla sebelah ada hutan. Hu SERAM. Paling menakutkan banyak benda bergentayang kat pokok..ulat bulu. Tiba-tiba jatuh atas kepala kamu. Huuu~
  • Makan laksa HOT sambil kapal terbang melintas atas kepala dan pipi dicumbui bayu laut. Best. Adik paling suka part ni sebab dia nak jadi pilot. Keh keh.
  • Beli-belah coklat di Ismail Group *rambang mata*

Oh Langkawi memang best. Beruntung ada kampung di Langkawi :B

 

Ok selepas ini, pakej percutian berserta penginapan percuma bersama-sama Wardah Puteh! Jadilah pengomen paling banyak di blog.

 

 

Ha ha..lawak.

 

Selain tu, TERPAKSA membebel tanpa henti, jadi guru tanpa gaji pada anak-anak jiran dan adik sendiri yang bakal menghadapi PMR tahun depan. Ya RABBI. Memanglah kerjaya guru paling menuntut kesabaran. Masa kecik-kecik suka sangat main jadi cikgu ajar kawan-kawan. Siap jerkah-jerkah ooo. Mama kata “kakak tak boleh jadi cikgu sebab cenge” Nah ambik kerja sekolah banyak-banyak, geram tak boleh marah. Hari last tuisyen tak berbayar, sorang pun tak datang. Bijak budak-budak sekarang. Tak siap keja, tak nak datang kelas. SEBATT..

 

Acara yang tak boleh ditinggalkan pastilah mencuba resepi baharu. Kali ini cupcakes. Ubahsuai resepi sikit-sikit jadilah Cupcakes perisa durian..sungguh tak glamour. Walau pun budak lima tahun buat lagi cantik, tetapi kucingku tetap makan sebiji sampai habis. Sedap sangat sampai menjilat bulu. Gambar akan dimuat naik berserta resepi nanti ya.. tunggu. Terima kasih Nikon baru ;p

 

Menulis? Hu. Rasa mahu menangis sebab dah mula tulis novel seperti jalan cerita yang tersimpan kejap dalam otak. Tapi, terlalu klise. T-T

 

Selain main kejar-kejar dan bergomol dengan kucing, ceramah-ceramah agama tidak dilupakan. Yang bercuti di Alor Star, pengajian di PAKSI Jumaat pagi dan Ahad pagi di Masjid Sultanah. Jemput hadir ^_^ walau pun malas macam saya.

 

Acara paling kerap sepanjang cuti adalah memenuhkan perut dengan nasi minyak. Burp alhamdulillah. Saat yang ditunggu-tunggu adalah masa dapat cenderahati “Dik, gula-gula ada tak?”

 

Dan paling MENDEBARKANNN…

 

Dub Dab Dub Dab….

 

6 hb yang lalu…

 

Dub Dab Dub Dab…

 

 

 

Alhamdulillah.

 

 

 

 

3.6 GPA. 3.3 CGPA

 

Sujud Syukur. Hadiah untuk semua yang mendoakan saya. Terima kasih. Moga Allah balas! ^_^

Walau pun tak sampai target “lompat lebih tinggi”, menurut buku yang saya baca:

“If what you desire does not happen, then desire that which does. Not everything a man desires he achieves. Often the winds blow in unfavourable directions for the ships.”

 

Walau pun impian masih samar-samar, TERUSKAN BERUSAHA!

Gambatte! Haitt!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s