Saya Senior

Posted on

Jam: 5.30 a.m  Lokasi: Dalam kereta Pak Teh

 

Saya: “Junior ke?”

Dia: “Aah. Tak la junior sangat, dah 3rd year”

Saya:”Ooo”

Dia:”Tahun berapa?”

Saya: “Fourth year.” Menjawab dengan hidung kembang-kempis.

 

Eh, apa motif tanya tahun berapa, junior ke tidak, bila diri sendiri tahu kamulah paling senior? Kehkeh

 

Saya sudah senior. Wah! Wah! Wah!

 

Alhamdulillah. Sedang berada di kamar kecilku yang nyaman di kampus Kuantan. ^_^

Mula-mula sampai sudah cuak sebab ini kali pertama buat perbuatan berani mati datang pada pagi semester bermula. Biasalah, i’m the senior. =p

Sebenarnya dalam bas lagi dah takut. Terus taip di skrin telefon bimbit:

“Sampai-sampai tidur kejap sampai 7a.m.  Mandi, sarapan. 8.30 a.m check skuter. If tyres tak O.K gi pump kat SHELL, kalau OK hold dulu. Daftar asrama. Pergi tengok pokok stevia, get datas and pics. Ambil borang di office. Manual registeration & barang-barang FYP. Jumpa prof. Ambil barang untuk lab. Makan & solat. Tidur lagi. Lepas asar gi bengkel tukar minyak hitam. Teman Fazilah tengok pokok.Malam meeting pukul 9. Ha, baju jangan lupa basuh.”

Tengok betapa banyaknya benda dalam otak. Berserabut ni. Malang sekali hp cikai saya tak muat nak tulis semua tu. T_T

Berserabut pun sempat lagi plan nak tidur oit!

 

 

Semester baharu ni ada 3 subjek je saya ambil:

1. Commercialization: ni tak da final exam, cuma ada banyak assignments daripada wakil-wakil syarikat biotech. Subjek target A.

2. English for Occupational Purpose: ni subjek yang kena fokus sikit sebab “I sound stupid when I speak English”. Jadi kena work all out. Ada final exam.

  • Sudah beli sebuah buku berjudul HOW TO AVOID COMMON ERRORS IN ENGLISH: When bad grammar happens to good people [aisheh] by Anne Batko
  • Kemudian korek kembali khazanah lama jumpa buku Student’s companion for malaysian students form 3 &4. Buku grammar yang saya suka sebab ada world map. :B
  • Kamus Oxford Learner’s Pocket: Grammar by John Eastwood

3. FYP: ni akan dapat tumpuan 100% semester ini. Tiada lagi kambing biri-biri hitam. Setiap hari akan update tesis dan setiap minggu akan dapat data. Amin. Tiada final exam tetapi ada pembentangan-maut.

 

Berada dalam semester akhir taki dapat menghalang minda saya memikirkan hala tuju selepas semester ini. Kalau ikutkan, sudah ada perjanjian dengan kolej komuniti/ politeknik. Tapi manalah tahu, kerja Tuhan.

 

Jika tidak dapat ke manakah hala tuju saya?

Oh, saya akan:

1. Belajar memasak [xifu dah ada]  dan mengemas seperti perempuan selayaknya

2.Tanam pokok kaktus yang tertunda, mengusahakan tanaman renek atau memikul cangkul di kebun pisang abah [?] Bunyi terlampau gihgih

3. Sambung belajar sudah semestinya. Duit? Guna daun kering boleh?

Master in Biotech-related field insha’Allah. Dalam Malaysia kalau tak dapat sponsored. Kalau dapat? UK! ^_^

Wah berangan, kena test gi Sarawak pun macam dah nak nangis!

4. Menulis. Sudah semestinya, tapi nampak sudah berkarat. Kena mula semula dari awal.

5. Carilah kerja jadi saleswoman pun tak kisah. Cikgu tadika pun tak kisah. Cikgu tuisyen lagi tak kisah. Tak siap kerja, sebat.

 

 

Ops dah pukul 7 a.m.

One thought on “Saya Senior

    My future workplace « Wardah Puteh said:
    March 12, 2011 at 7:57 am

    […] Rentetan cerita saya dan politeknik/ kolej kominiti di sini, sini, sini dan sini. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s