Wardah Puteh@ Ladang Stevia, UKM & MARDI

Posted on Updated on

Jadi seorang saintis, jika tidak dahagakan ilmu dan rela berkorban, bukanlah saintis namanya. Bidang kajian saintifik, bukan sekadar pulangan berkepuk-kepuk dan populariti, tetapi lebih daripada itu. Perlu kuat semangat dan tekad kalau mahu berhasil. Alexander Graham Bell, kamu fikir sekali saja buat telefon dan jadi?

Oh membebel sudah.

Jauh melangkah, luas pandangan. Kalau kamu ada tahi lalat di kaki, orang tua cakap suka berjalan. Jadi semalam, dengan gihgih saya menapak menaiki van UIAM Kuantan pada pukul 7.00 pagi, menuju Ladang Stevia di Sepang.

^_^

Rombongan kami seramai 5 perempuan dan 3 lelaki; pHd student dan En. Moja-moja beserta Science Officer; Bro. Hasrol.

Melalui perjalanan yang getir sekali, terpaksa menahan kantuk kerana menahan hendak terkucil akhirnya selamat membebaskan penyeksaan ini. Sampai-sampai sahaja di ladang terus kagum WAH AH! dan menukar fikiran menjadi usahawanita Ladang Stevia Wanimanis.

Kemudian selepas mendengar taklimat, dihidangkan air stevia asli segar dari ladang oleh En. Md. Yusof Ali.

Aisyah kelihatan gembira selepas meneguk stevia gaya ala-ala chinese woman.

Hujung sekali pengusaha bersama-sama En. Aminuddin. Prof. Mohamad 3 dari kiri.

Gambar kandid sedang ketawa tengok Moja-moja berlari seperti Watson Nyambek.

Tidak lepas peluang bergambar dengan kesayangan.

Sesi korek rahsia [belajar cara tanam].

“Pokok stevia ni sedang stress,” kata Encik Pengusaha.

Perbincangan di bawah pokok durian. Detik-detik sejarah termetrainya janji-janji moA.  Sayakah bakal saintis yang mencipta krim anti penuaan stevia?

Selepas kenyang makan tengah hari free, dibiayai Prof. Mohamad, SVku [breakfast nasi lemak dan kopi ais ditaja En. Moja-moja], burp alhamdulillahh.. kami pun berangkat ke ladang Roselle Prof di UKM Bangi.

Ini pokok Roselle satu bulan.

Gambar bahagia beramai-ramai tidak dilupa.

Sawah pun ada di UKM!

Singgah sebentar di makmal kedua saya untuk ambil primer dan DNA.

Fakulti Sains & Teknologi, UKM Bangi.

Destinasi seterusnya, MARDI Serdang. Here I come!

Hujan. Kereta Prof di depan.

Pensyarahku tolong bukakan pintu. =p

Kami dengan gihgih memanjat bukit menuju pondok di atas sana. Nak tahu tu pondok apa? Jeng jeng jeng…

Ini dia. Stingless bee. Agen penyebaran pollen.

 Prof berminat untuk guna makhluk ini jadi agen penyebaran debunga stevia-yang selalu sterile.

Bunga matahari ditanam di keliling pondok ini untuk tujuan pendebungaan dan penyelidikan.

Ada juga bunga lain. Contohnya bunga Wardah Puteh.

Bahagia dapat makan madu. Rasa madu ni lain sikit, MASAM MANIS!

Ke destinasi setrusnya dalam MARDI yang sangat luaaaas ni.

Malang tiba-tiba berbau tahi.

Moja-moja: Korang gi belakang tolak van!!!!

Saya: Cepat-cepat akak tangkap gambar.

Tengok tu, bukan nak tolak, gelak.

Ini dia yang mahu dipelajari.

Cara MARDI kendalikan eksperimen.

Cahaya panjang untuk pokok sensitif cahaya, stevia.

Sangat BESAR & SUBUR!

Saya: Apa rahsianya encik?

En. MARDI:  RAHSIAAA….

Semua sudah bosan dan ghegham Moja-moja lesap ke PJ dan terperangkap dalam kesesatan.

Terpaksa menunaikan solat dalam keadaan darurat. Baju dan seluar kotor dengan lumpur. Stokin tak payah cakaplah kan..

Solat di pondok dalam taman yang ada bunga YESTERDAY, TODAY TOMORROW yang wangi.

Kreatif budak-budak ni. Tak sia-sia saya angkut.

Hehe.

Seharian yang bermakna sekali. =)

 *Terima kasih Aisyah Azman, adik-adikku Sayyidah, Fana & Sila temankan.

3 thoughts on “Wardah Puteh@ Ladang Stevia, UKM & MARDI

    fauzlee said:
    December 31, 2010 at 9:53 am

    salam ! nak tumpang tanye , saya tengah tanam roselle ,dlm 3 minggu lg bleh tuai hasil ! kat mane nk jual bunga mentah nye ? market brape harga ,blh bantu ke ? no saya 0172687056(fauzlee)

    Jodoh saya, kalau sudah takdir « Wardah Puteh said:
    March 13, 2011 at 12:24 pm

    […] Kemudian sini. […]

    arthanas said:
    March 23, 2013 at 8:52 pm

    Dapatkan daripada kami bekalan Gula Stevia yang paling murah di Malaysia. Gula Stevia di proses di kilang tempatan dan di edarkan oleh syarikat islam bumiputra, di jamin halal. Bebas dari rasa pahit.

    Harga: 1/2 KG -> RM45

    Untuk Maklumat Lanjut:
    call/sms 013-431 2808 (omar)

    http://www.facebook.com/pages/Pemanis-Stevia-Rebaudiana-Paling-Murah-Di-Malaysia/350979478353752

    http://steviasentral.wordpress.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s