2011

Posted on

Cuti Malaysia menang bola atau Tahun Baharu, malahan cuti hujung minggu sudah tak memberi apa-apa makna yang ada kaitan dengan “cuti”.

Untuk membuktikan kat SV, bahawa SAYA LEBIH RAJIN DARIPADA ORANG CINA, maka terpaksalah bertapa sorang-sorang di dalam makmal sambil merenung jendela yang berkabus. Kadang-kadang ada je orang masuk makmal sekejap-sekejap, masa tu jantung berdegup kencang pun bertukar jadi degupan suka hati, “Oh ada orang rupanya!”

[Padahal takut tak sempat siapkan lab lalu terpaksa extend]

Sudah 3 kali percubaan, maka esok, harap-harap membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya ada sekali dapat gambar ladder 1kb yang cantik. T-T

Apabila membelek kalendar, baru tersedar, eh dah 1.1.01! Wah, sudah masuk tahun baharu…

Terus berasa sayu dan bertambah takut T-T instead of teruja

Sayu sebab tak dapat lagi pulang bercuti berseronok ria dengan si Gemok di rumah. Tipu. Sebab rindu kat mama, abah dan adik. Tapi yang paling penting, perasaan bahagiaanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa berada di rumah. [Bila kat rumah, fikir bila nak balik kampus pulak]

Takut sebab tengok masa dah hampir sampai ke penghujung. Oh- saya masih belum siap research. Oh-Oh. Lepas tu bila orang tanya, “Eh, Wani dah sampai stage mana research?” Terus mata rasa berair, jantung berdegup kencang. Sebab tu dengan gihgih sanggup bertapa dalam lab sorang-sorang.

Dulu-dulu konon menghitung hari, bila lah nak habis belajar ni. Sekarang, macam nak reverse balik, bagi panjang sikit masa buat lab dan dapatkan result yang cantik.

Tapi nasi sudah menjadi bubuq.

 

“Padan muka kau”, memetik kata-kata ZALIM Faiz Hanapiah.

 

Masa dalam lab, untuk menghilangkan kebosanan, mulalah mengaitkan apa yang sedang buat tu dengan perkara lain. Selalu sangat rasa buat lab macam memasak di dapur.

Buat agar-agar [agarose], lap meja bersih-bersih, panaskan air [waterbath], tumbuk sambal keletang keletung [grind samples]. Haha.

Benda yang kecil pun buat rasa hep hep heppi. Dapat pellet sekecek taik mata pun melompat-lompat girang seperti kanak-kanak ribena.

Kemudian ingatan pun kembali kepada rasa kehairanan kat senior yang melompat-lompat seperti adanya saya sekarang sambil menjerit-jerit

 

“Suksis! Suksis!”

 

Sekarang, selepas hampir 4 tahun, saya kembali buat benda yang hampir sama.

 

OH, TERLALU NOSTALGIK. Isk isk.

 

Ya, harap suksis bersama-sama saya, tahun 2011 ini. Macam kata Cik Mah, ada benda baik yang bakal terjadi pada2011.

 

 

Nantikan….

 

 

Amin.

 

Ni Kaka. Pasni patut tukar nama Khairul Fahmi.

Khairul Fahmi.

My Lab.

Tu Kak Iji. Saya assistant beliau. =p

My bench.

 Tak dapat lagi makmal sendiri, berangan dululah.

Pandangan dari jendela nampak stevia; kesayangan.

Cantik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s