EOP & hantu

Posted on

   Template baharu dengan gambar buku tersusun sebegini nampak begitu muram. Tetapi saya tetap pilih untuk membangkitkan mood “saya ambil EOP sem ni”. EOP atau English for Occupational Purpose, memang perlukan kamu banyak membaca dan berdiri di depan kelas sambil bercakap. Orang seperti saya akan selalu ditegur, “Sorry, we cannot heaaarr yaa!”   “-_-

   Jadi inilah pembentangan solo pertama saya: eop

   Abaikan semua alasan yang mengarut tu, alasan yang sebenar ialah saya tiada pilihan lain. Haha. Tipu. Saya nak nampak cantik tapi MALAS mencantikkan diri dan fikir cara mudah adalah dengan makan makanan sihat.

   Projek Tahun Akhir saya berjalan dengan lembab. Barangkali sebab cuaca di luar pun lembab. Setiap hari di makmal pun masih di takuk yang lama seperti katak di bawah tempurung. Sesekali terasa seperti mahu lenyap dan muncul di makmal UKM Bangi secara tiba-tiba dan sorak di belakang Kak Athirah dan Omal, “Hah, rindukan saya taakk?!!”  tetapi terbatas disebabkan alasan  “kamu ingat Bangi tu dekat???”  Tapi kemungkinan akan pergi juga kalau tak ada pilihan lagi.

   Cuma stevia saya yang menunjukkan perkembangan yang tidak lembab. Bagus kan? Stevia faham cakap saya. Bukan setakat cakap, air mata dan kemarahan semuanya terhambur habis. Kira macam kawan rapat dah lah. Kesayangan saya. Kalau kesayangan, cakap kena bikin, gembur tanah selalu, siram kalau tak hujan. Bukan senang, kawan! Tak sesenang buat taik mata di bawah selimut tebal lagi lembut bak sutera.

   Perkembangan kedua adalah saya sudah dapat makmal saya sendiri! Oh, adakah lab assitant membaca blog saya ini dan terus “menghalau” saya keluar ke lab berhantu yang saya dapat ni? Oh, terharunya.

   Hai LA!! Baca blog saya ke? HOOH    T_T Terharuhnya saya. Kalau saya mati sorang-sorang dalam lab tu, saya cuma nak minta maafkan kesalahan saya dan hati saya yang menggomel

“Mana water bath?”

“Mana centrifuge?”

“Mana fume hood?”

“Mana tempat buat gel?”

“Mana tempat timbang?”

“Mana ice box?”

“Mana oven?”

“Mana di manakah?”

 

 

Saya faham,

 

SAYA HANYA ORANG KECIL [walaupun realitinya gemok]

DI MATA ANDA  [saya memang comel]

 

BARANGKALI saya TAK ADA HAK untuk

 

CEPATKAN DAN MUDAHKAN KERJA saya.

 

 

Inilah orang cakap,

kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

 

So, kawan-kawan, kalau rasa lama tak guna barang-barang lab, silalah pulangkan. Kerana, nun di dalam sebuah makmal berhantu tingkat tiga, ada seekor hantu yang sedang stress, namanya

 

SAYA.

  

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s