Be unreasonable

Posted on Updated on

 

Kini saya sudah tahu, mengapa di zaman sekolah menengah dahulu, setiap kali balik rumah hujung minggu dari asrama, mesti habiskan dengan tidur. -_-Langsung tak proaktif. Rupanya ini tanda-tanda badan memberontak, setelah berhempas-pulas sepanjang minggu. Jadi mak bapak di luar sana, jangan risau.

Sekarang saya dalam mood kemalasan. Dua hari ambil cuti tak buat lab.

Polymerase Crap Reaction, eh ops maafkan saya, Polymerase Chain Reaction, akan saya usahakan sepanjang cuti Raya Cina nanti dengan gihgih. Insya’Allah.

Mari baca:

Allahumma yasir, wala tuassir, rabbi atmim bilkhair.

“Ya Allah, mudahkanlah, jangan susahkan. Wahai Tuhanku, sempurnakanlah dengan kebaikan.”

Seronok buat lab sebab saya ni degil, mahu cuba ubah-ubah protokol, macam ubah resepi makanan, kemudian buat eksperimen kecil, kalau begini jadi bagaimana? Sebab tu asyik tak dapat-dapat. -_-

Hei, JANGAN TAKUT BUAT SILAP! Enjoy habiskan bahan kimia dalam makmal.

Dalam research, tak ada yang bernama “En. Silap”, semuanya ILMU! Dare to fail omputih cakap [tajuk buku].

“Be unreasonable sometimes! Being unrentingly reasonable or correct in research makes Jack a dull boy.”

                                                                                    \’_’/

Semester ini paling bahagia, 3 kelas sepanjang minggu; 7 jam; 1 peperiksaan. Oh~ Tak terkata nikmatnya berperasaan seperti budak master. Selepas ini, peperiksaan EOP, 16 Februari. Sudah tiba masanya mengikat tali di kepala dan khusyuk menelaah membakar minyak di tengah malam.

Tesis masih 1% progress. Kena ikatkan perut untuk kurangkan kemalasan melampau. Perlu 100 plus di atas meja. Perlu doa mak abah adik. T_T

Tiba-tiba masa ni, teringin nak buat novel. -_-“

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s