Surat Kepada Mama & Abah

Posted on

Semua orang sayang mak dan ayah. Walaupun malu nak cakap depan-depan

Mama, saya sayang mama!

Abah, saya sayang abah!

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SEBAB SUSUKAN SAYA DAN BAGI MACAM-MACAM.TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SEBAB CUCI BERAK SAYA DULU.

 

Saya rasa saya masih kanak-kanak dan tak mahu membesar pun. Kadang-kadang saya rasa adik saya tu kakak saya, saya ni adik dia, sebab saya awek awet muda. Kadang-kadang saya nak masa berhenti berputar, saya nak rambut abah dan mama saya tak ada uban sehelai pun. Saya nak wajah saya tetap comel macam bayi walaupun sekarang masih tak berubah lagi kecomelannya.

Tapi, semua tu MUSTAHIL.

 

Ok, sediakan tisu sekarang. Saya nak nangis.

 

Sebelum saya balik hari tu, saya dah dapat tahu abah dapat darah tinggi. Mama memang dah sakit kolesterol tinggi tapi darah rendah. Dalam kereta, masa abah ambil dari stesen bas, saya sembang dengan abah, abah cakap, dalam famili kami, dah ada wakil setiap famili sakit, kelarga kita tak da lagi darah tinggi, so abah dah wakilkan. BOLEH BUAT LAWAK PADAHAL ANAK DIA SEDIH?! Tsk. Ok, darah tinggi je beb. Abah dah 60 tahun. Darah tinggi JE. Bukan kanser pun.

Abah cakap, “darah tinggi is a silent killer,” dah cukup buat saya rasa takut sangat.

 

Saya cakap tu lah minum kopi lagi, kopi boleh increase blood pressure, sebab abah saya anti garam, sangat pelik boleh dapat darah tinggi. Saya fikir genetik. Macam mama, high cholesterol, sebab genetik. Arwah tok, mak cik-mak cik sakit batu karang dalam hempedu yang berpunca dari high cholesterol.

Abah kata, “dah tak minum daaah, tiap hari satu cawan je”.

 

 

Memang susah nak pantau, kalau saya ada kat rumah, saya akan bancuh dan paksa mama abah minum susu. Walau pun abah buat muka pelik SAYA RAJIN SANGAT.

 

Jadi, saya pun tulis surat ni kepada mama dan abah:

Tiada Assalamualaikum, atau buka bicara. Kan saya dah cakap, saya malu nak nampak terlalu FORMAL DENGAN MAMA DAN ABAH.

Konon macam duk Australia, hantar surat untuk mak abah di Malaysia.

 

 

Saya kagum dengan mak cik saya yang berusaha sungguh-sugguh sediakan makanan berkhasiat untuk pak cik yang menghidap kanser. Saya nampak pak cik makin sihat dan semoga sihat selama-lamanya daripada penyakit kronik. Amin.

 

Makanan boleh sebabkan penyakit, tapi makanan juga boleh ubati penyakit.

 

TIPS PEMAKANAN:

Antara makanan yang bagus untuk kesihatan. Yakult bagus untuk perut. Pastikan makan dulu sebelum minum untuk kurangkan keasidan perut. Buah pisang high in vitamins and potassium, counteract sodium, lowering the blood pressure. Buah naga, buah-buahan berwarna terang banyak antioxidant. Makanlah selalu.

2 thoughts on “Surat Kepada Mama & Abah

    mak wardah said:
    February 24, 2012 at 6:12 pm

    Nama kita sama

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 4:59 am

    Ya mama wardah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s