Postcrossing: Bukan SEKADAR pos

Posted on Updated on

Sudah 3 BULAN saya berkecimpung dalam pos-mengepos poskad. Sekarang saya sudah ada 8 poskad dari Belarus, Czech, Finlad, German, Ireland, Russia, Switzerland, USA, Ukraine dan UK. ^_^

Ingat lagi masa kecik-kecik, suka sangat nak tulis surat. Lebih-lebih lagi untuk sepupu sebaya di Langkawi: Adik Ija. Lepas tu kat bawah surat, yang paling suka sangat, TULIS PANTUN. Saya rasa tu lah titik tolak saya minat berpantun sampai boleh wakil sekolah walau pun tangan terketar-ketar masa berpantun. Ye lah, SEMINIT JE NAK TULIS SEMUA TU, walaupun 4 BARIS, tapi dalam keadaan sebegitu kritikal, MESTI RASA NAK TERJUN BANGUNAN LARI daripada BALAS PANTUN yang dapat. Lepas tu gelabah bangun tak sempat orang tekan loceng, tolak kerusi sampai BERGEMA SATU BILIK DARJAH pastu ayat lintang pukang.

 TAHNIAH! KAU SELALU KALAHKAN SEKOLAH KAU, Hazwani.

 

Sampai satu tahap rasa FOBIA nak berpantun. -_-

 

Kau nak cerita pasal pantun ke pasal postcrossing, Hazwani?

 

 

Ops sori, nak cakap postcrossing ni sangat best!

Walaupun poskad yang dapat gambarnya tak lawa sangat, TAPI SETEM SANGAT LAWA. Dulu hobi saya kumpul setem. Selalu beli setem tipu yang ada kat pasaraya tu, sebab mana nak dapat setem dari luar negara? Ingat lagi setem paling mahal dalam koleksi, RM2 BURUNG BESAR. Tapi sekarang entah hilang mana. Jadi bila dapat setem yang cantik-cantik rasa ^_^.

 

Satu lagi, kau baca poskad-poskad yang dapat, akan rasa macam kisah-kisah pendek yang tak tercantum pada keping-keping poskad. Kau dapat rasa perasaan takut, gembira, bosan dan pesimis waktu baca poskad-poskad daripada orang yang kau tak kenal pun.

Kau baru tahu, ada tempat nama pelik macam ALUSHTA atau STUTTGART  rupanya. Atau ada orang yang BENCI BIOTEKNOLOGI di Ireland. Atau pun islamophobia sebab kau Muslim, dia tulis: Saya tak dapat bayangkan pakai TUDUNG dan BAJU TANGAN PANJANG di negara iklim tropika. TADI ADA ROMPAKAN KAT SUPERMARKET, ada orang kena BUNUH DENGAN PISTOL. Memang kita perlukan MORE PEACE. Dia pun tampal setem gambar Mary Jesus.

 

Kan dah cakap, WALAU PUN HANYA SEKEPING POSKAD, banyak kisah yang dapat ditafsir. Tanpa rupa dan suara, yang ada hanya kata-kata.

 

Jom POSTCROSSING.

 

THIS IS SIMPLY BECAUSE,

 

3 thoughts on “Postcrossing: Bukan SEKADAR pos

    azrinaz said:
    December 18, 2011 at 4:26 pm

    saya pun dah sertai postcrossing, tak sabar nak terima poskad nanti🙂

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 5:02 am

    betul🙂

    3lalat said:
    January 12, 2016 at 3:51 pm

    dh 5 tahun nih masih aktif postcrossing kahh., ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s