Lagi 2 bulan saya boleh berangan

Posted on

Tak lama lagi.

 

Lagi 2 BULAN saya akan MENINGGALKAN KAMPUS KUANTAN.

 

Topik-topik yang berkisar, tak lain tak bukan, NANTI LEPAS BELAJAR NAK BUAT APA?

 

Saya pun cakap:

1. Nak kawen   Pergi interview jadi cikgu kat politeknik atau kolej komuniti sebab terikat dapat biasiswa dengan KPT. Pastu gi mengajar kalau ada rezeki. Dalam hati dok pikiaq macam mana la anak-anak muridku nanti dapat cikgu gagap. T_T

2. Duduk rumah kalau plan 1 tak jadi. Pergi bengkel penulisan, asah balik otak bengap ni, menulis novel impian saya. IMPIAN YANG DAH 3 TAHUN KAU CAKAP NAK BUAT, TAK BUAT-BUAT. Tampar pipi sendiri sekarang!

3. Buat bisnes cupcakes perisa durian.

4. Tanam pokok stevia di tepi pokok getah di samping jadi penoreh getah upahan mama dan abah. Tsk T_T

5. Dan lain-lain. Kalau ada rezeki.

 *Nombor 3 & 4 tu macam bajet KESIAN sangat la kan. Kau memang pandai BERLAKON.

 

 

Tapi yang penting, kerja apa jadi nombor 2. Sebab saya berhajat BESAR. Mahu sambung belajar lagi. ^_^

1. UIAM Gombak

2. USM Penang

3. UKM Bangi

4. UPM [saya sangat kagum tengok ladangnya yang SAANGAAAT LUASS]

 

Itulah senarai nama-nama universiti yang saya harap. Maaf universiti-universiti lain, bukan ceq tak mau, ceq bekenan hat ni lebeh.

 

Obersea?

 

Hmm memang teringin. Sapa tak mau pi oversea? Dapat main-main salji [mentaliti rendah] DAPAT MENGORAT MAT SALLEH. ^_^ Nak nak.

Tapi…

 

Biarlah ekonomi stabil dulu kut. 

 

 

Tapi…

 

 

 

tapi kan..kan..kan… 

 

 

 

 

TAK PAYAH BERANGAN SELAGI TESIS KAU TAK SIAP!

TUTUP INTERNET SEKARANG!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s