Dedikasi Kajian

Posted on Updated on

Lagi seminggu sebelum tarikh akhir tesis.  3hb Mei 2011. 

Tapi masih belum dapat result yang dicari-cari.  Agak kecewa, tapi masih bersemangat.  Semalam setelah 4 hari buat PCR tapi tak dapat, saya berehat sebentar hari ini.  Kepala terasa berat.  Memang, seoptimis mana pun kamu, kalau asyik gagal, akan buat jiwa rasa terbantut dan sangat tertekan. Lebih-lebih, bila tak tahu kat mana silapnya dan dah buat macam-macam. Betul tak?

Tapi rasa bersyukur sangat Allah beri saya semangat macam ni, walau pun ramai yang cakap “SEMPAT KE NAK SIAP?” atau pun cakap “TAK PAYAHLA BUAT, TULIS PASAL AGRONOMIC JE.”  Padahal yang dok kata tu tak tau, SAYA NI SANGAT DEGIL JANGAN HARAP SAYA NAK MENGALAH SAMPAI SAYA SENDIRI YANG DECIDE.  Sampai at the end, if I think it is not significant to put it in my thesis, I’ll not include the molecular part.  Harap prof dapat bersabar degan makhluk macam saya ni.  Saya tau dia nak jaga gred kami.  Terima kasih prof.  T_T

Saya gembira dapat jumpa ramaaaaaaaaaai orang baru dan hebat masa buat kajian ni.  Semuanya saya rasa sebab saya fail subjek genetik.  Kalau tak, saya mesti tak kenal prof  sebegitu rapat, sebab dia yang ajar genetik.  Waktu saya masih blur nak pilih mana satu kajian, abah cakap pilih stevia [sebab dia pun suka tanam pokok, walaupun pokok stevia kat rumah mati bila abah tanam tapi hidup bila mama tanam.] Saya pun jadi student bawah projek dia dan Dr. Raj [yang saya dah aim dari tahun dua] jadi co-supervisor.

Saya kenal En Yusof dan En Aminuddin pengusaha stevia. Saya kenal Ain anak En Yusof yang sangat baik.  Saya kenal Brother Latif dari Nigeria (kena panggil bro depan nama dia kalau tak dia marah), student pHd yang anggap saya adik dan kawan rapat dia, padahal saya rasa tak. Hahaha. Saya kenal Pak Dollah dan isterinya yang baik [tempat kami culik Citot], pakcik Latif dan pakcik Anuar; tukang-tukang kebun yang sporting dan doakan yang terbaik untuk saya. 

Saya kenal Kak Thirah, Omal, Kak Nur, En Zainal, Afiq dari UKM…Kakak-kakak yang SANGAT BAIK dan banyak disusahkan saya. Huhu. Saya kenal pegawai-pegawai MARDI yang beri kami idea nak buat projek stevia. Saya kenal Zila,pengusaha stevia di Melaka, yang mula-mula saya ingat dia dah tua padahal lagi muda! Saya kenal Dr. Wahab yang sangat down to earth dan soft spoken.  Saya kenal Dr. Zarina yang baru balik dari oversea dan SANGAT BAIK walau pun baru kenal,terus bagi idea untuk saya buat molecular.  Saya kenal Rohila, student master yang sangat baik (Bangladesh), selalu bagi motivation kat saya dengan kata “FYP memang macam tuuu.” Saya kenal budak praktikal Food Tech dari POLISAS yang selalu lepak kat surau dan mesti menyampah bila saya asyik silap cakap dia lambat lagi habis praktikal kat UIA. =b

Wah, ramainya orang yang dapat saya kenal sebab stevia.  Lebih 20 orang! Allah takdirkan walaupun saya tak dapat result cantik, tapi side benefits nya tetap ada  ^_^ Terima kasih Allah.

Terima kasih mama, abah, adik, dan ahli keluarga.   Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih Fazilah, Wani, Emy, Nadiah, Nazirah, Khoo, Ramlah, Azim,  Ati, Poji, Yati, Aisyah Azman, Huda dll. Terima kasih abang-abang dan kakak-kakak lab assistants dan science officers, KOS officers…

Terima kasih kepada semua pensyarah, saya dah besar.

Terima kasih Dr Hamzah dan future-to-be Dr Kamarul…my inspirations in molecular field.

  Terima kasih Allah sebab bagi semua orang ni.  Moga semuanya dipermudahkan urusan dan bahagia dunia akhirat.

 

Kenapa rasa nak nangis ni? T_T

Patut tak translate dan tulis ni dalam tesis chapter dedication?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s