Kucing

Posted on

Sekarang rasa sangat gembira.  ^_^ “Semangat” saya dah balik. 

.

Semalam 22 hb ulangtahun hari lahir adik yang ke-15, sebelum tu 17 hb April ulangtahun perkahwinan mama dan abah, sebelum sebelum tu ulangtahun hari lahir mama yang ke-57.  Bulan depan 31 Mei ulangtahun abah yang ke-59.

Ye, mak ayah saya dah tua…tapi tak da menantu lagi, memetik kata-kata Puan Gayah.

.

Ok, tak da kaitan. Entri ni nak cerita pasal lain. 

Oleh sebab saya tak da kat rumah, tak bolehlah nak raikan mama dan adik.  Budak kecik tu kemain lagi belanja 10 kawan-kawan dia makan Radix FC.  Pastu boleh pulakk tangkap gambaq ayam hantaq kat kakak dia.  Ini sudah melampau.  Mentang-mentang ayam Radix takda kat Kuantan.  Menambah lagi perisa, siap mintak kamera.  Hamboii hamboi.. Setelah lukakan hati kakak dia yang mengidam ayam Radix, mintak benda bukan-bukan.  Padahal baru tingkatan tiga, nak buat apa kamera.  Patut dapat krayon je.

Semalam masa dok merayau-rayau kat kafe, memanjakan lemak dalam perut.  Terserempak dengan dua ekor kucing yang sangat COMEL!  Satu muka macam Momok, kucing saya yang dah arwah tu, tapi corak harimau ooo…Satu lagi kucing siam. Dua-dua jantan.  Rasa macam nak sumbat masuk beg, bawak balik bilik.  Macam masa kecik-kecik dulu, bila balik kampung kat Langkawi, sumbat kucing dalambeg galas.  Pastu orang belakang nampak tangan terjulur keluar sebab beg koyak. =B

Comel comel comel….Tak tahan. Comel comel comel. T_T

Sampai hati tuan dia buang kucing  secomey ini.  Mesti kuat kencing ni.  Ish ish.

Rindu kat Meow…Si gemuk, Mimi dan anak-anaknya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s