Impian Jangka Masa Terdekat

Posted on Updated on

Gambar 4 tahun yang lalu masa sertai Explorace IT…dapat nomboq 3, nomboq 1 & 2 team bro 
 saja ja bagi can kat brothers takut jatuh ayaq muka depa kalau dapat no 3..muehehee

.

.
.

Sebenarnya saya ada banyak benda dalam kepala ni.  Banyak benda saya rancang nak buat.  Tapi saya tanak bagitau atau tulis kat blog.  Sebab saya tau saya ni HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.  Lebih baik saya buat, dah siap dan menjadi/ tak menjadi baru saya bagitahu.  Baru orang respect sikit ye dop? Kalau tak benda yang samalah asyik dok nyanyi.  Macam cakap-cakap nak tulis novel.  Dah TIGA TAHUN -_-“ tapi habuk pun tadaa..dey tambi…[sambil geleng kepala kanan kiri belakang depan].

Memang pun kita kena tulis besar-besar perancangan kita, nak-nak kalau yang rabun macam saya ni.  Lagi besarlah size fontnya.

Huk huk.

Tapi pastikan kita buat betul-betullah.

Hmm.

[Cakap sambil tepuk-tepuk lemak kat perut}

*

Ada 4 BENDA berkaitan penulisan yang saya nak buat sungguh-sungguh:

1. Power point

2. Buku log

3. Rahsia

4. Rahsia

Rugilah, Allah dah bagi bakat menulis (ececeehh), ni orang kata la, saya personally tak rasa saya berbakat sangat, mestilah kena gunakan sungguh-sungguh.  Hm..inilah jugak salah-satu sebab saya rasa selesa dengan aim saya masuk dunia pendidikan, bukan terjun sektor industri.  Walau pun…masih berangan dapat minum Yakult percuma tiap hari. T__T

*

Dari segi kewangan saya sangat fail, hopeless. 

 Sebab saya asyik gunakan duit tanpa berfikir untuk masa depan.  Asal jumpa mesin ATM je, keluar RM500. T___T

Kau boleh bayang berapa bulan duit biasiswa saya dah habis.

Entah beli menatang apa tak tau lah.

Nak kata make-up, tak ada pulak beli…setakat lipice seketul dengan bedak kompak tak sampai RM20 dua ketul tu.  Tu pun percayalah, empat tahun akan datang baru habis guna.

Makanan? Kira dengan jari pun boleh, berapa kali saya keluar dari kampus.  Memang pelanggan setia Kak Ana. Cayalah!

Baju? Boleh check dalam almari, hampir 60% baju saya dah koyak/ buruk.

Alah 60% je, Rasulullah? Saidatina Aishah?

Pikiaq la sendiri kalau perasan dah daif sangat [mood insap]

Maybe ni perangai semulajadi, dari tecit suka simpan duit dalam tangan banyak-banyak.

 Ops…pencuri, kau buat-buat tak nampak ok.

Tapi alhamdulillah, ada lagi la simpanannya gara-gara biasiswa lambat masuk.

-_-“

Apasal fikir pasal duit?

Sebab nak beli rumah? Nak beli kereta?

 Nak!

Simpanan tu perlu ada.  Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

*..*Cita-cita saya nak berjimat dan hemat*..* —>masuk dalam list Would I want to marry someone like me. =,)

Tapi masalah saya, kalau balik je rumah mesti tak boleh nak kawal.  Sebab apa? Sebab ada adik yang suka paw duit kakak dia. T_T

Kalau nak minta teman ke apa ke, selalu tak bawa duit pastu asyik ajak makan KFC.  Bijak bebenow mak cik Husna ni.

*

Dari segi kesihatan, saya nak MAKIN SIHAT.

1. Nak hapuskan perkataan kusam

2. Perut boroi

3. Lemak bergayutan

4. Ketombe

5. Mulut masam

6. Ketiak berkulat

7. Gigi berkarat

Bhahahah…Semua ini hanyalah definisi memansuhkan kecelaan menuju kesihatan yang baik.  Tiada kaitan dengan penulis blog. 

Tapi yang penting saya nak dapatkannya dengan cara paling murah dan selamat.

TANPA

1. Pembedahan plastik

2. Sedut lemak

3. Botak eh botox

4. barangan kesihatan yang mahal sebab den tak mampo

Caranya adalah mudah je nak sebut tapi susah nak buat

BERSENAM DAN MAKAN MAKANAN SIHAT

*

Itulah TIGA BENDA BESAR yang saya rancang.  General. Common sangat tapi susah nak maintain sebenarnya.

6_6

KAU CAKAP TADI TANAK TULIS KAT BLOG TAPI TENGOK KAU TULIS JUGAK.

Betul sangat kau SEHANGAT TAHI AYAM.

-_-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s