Di sebalik “Cahaya Amanah”

Posted on Updated on

Sejurus sahaja menghantar Power Point pada tengah hari, ke pustaka membaca akhbar dan mencari journal berkaitan photoperiodism (seperti disarankan SV), saya mengemas apa-apa yang patut, solat maghrib dan bergegas ke Terminal Makmur.  Tiket bas pulang ke Alor Star saya beli on the spot.  Alhamdulillah, masih ada.  Sambil menunggu Insya’, saya meninjau kedai-kedai berdekatan mencari Dewan Siswa April, tetapi hampa.  Pencarian hampa kami sekeluarga sebenarnya.

Al-maklum, pesta buku baru-baru ni…mestilah cepat habis.

Tapi, pencarian itu hampir-hampir ketemu, sebab adik Mira ku sayang tiba-tiba terpancul berkata, “cerpen kak Long kaaa…ingat orang lain sebab selalu guna nama pena Wardah Puteh.”

-_-”  Nampak tak impak nama pena vs nama sebenar? 

Jadi terpaksa photocopy sebab majalah yang dia baca tu majalah sekolah, tak boleh suka suki gunting.  Yang penting, ulasan Dr. Mawar yang saya nak baca sangat tu.  Cerpen tersiar tak mengapa sebab ada softcopynya.

Sedih betui. 

Cerpen ini sebenarnya betul-betul berlaku.  Tapi saya gubah sikit sana sini. 

Nur Aminah bt Musa tu sebenarnya imbasan hati Hazwani Husain, yang GERAM sangat. Geram sebab apa?

Sebab dia tak boleh dapat 3.8 CGPA alhasil meniru dalam peperiksaan.  Haah. 

Meniru tu sebab terpaksa?

Sapa berani cakap depan saya memang nak kena penampau sebiji.  Orang penat-penat study dia ilek je dapat biasiswa semua, siap dapat sambung phd direct lepas undergrad alhasil rajin+meniru+bawak toyol masuk dewan peperiksaan.

Toyol tu apa? Toyol=nota kecik yang diselit-selit, lepas tu mengulang masuk tandas.

Grrr…

.

.

.

 

Hehe.  Tak marah pun.  Tak kisah, tak luak langsung.  Tak terjejas.  Orang yang suka meniru ni sebenarnya low confidence.  Betul.  Sebab dia tak yakin kat diri sendiri…

Sampai bila nak takut kat bayang-bayang sendiri?

Saya memang rela gagal daripada meniru.  Macam Nur Aminah dalam cerpen tu cakap. 

Dr. Mawar kata, kisah ni hanyalah cebisan kisah kecil yang berlaku di kampus.  Tapi bagi saya, benda ni besar. 

Pengkhianatan…tak amanah..tak berkat…ambil hak orang lain…sungguh tak dapat diterima. 

 

 

Adik-adik, ingat tu…jangan meniru.

Lebih baik dapat 3.0 CGPA daripada 3.6 CGPA tapi meniru.

 

-SELAMAT HARI GURU-

One thought on “Di sebalik “Cahaya Amanah”

    rabiatu adawiyah said:
    May 16, 2011 at 6:29 am

    ermmm…asalkan hasil yg kt dpt 2 adalah drpd usaha kt sendiri…kt patut brgembira dgn usaha kt sendiri drpd meniru (die xyakin dgn usahanya).

    tapi if ssorang 2 kata die nak tlg kwn2 die time exam..x ke pelik?kawan2….klau nak tlg kwn..bknny time exam tlg kwn tiru kt punya paper tp tlg la time stdy,2 baru la dinamakan tlg kwn biar sm2 faham..ada faham?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s