Debar

Posted on Updated on

Hendak yang bergetah, dahi licin, badan galah, kulit putih. Yang bergetah lambat-laun berbalik arah pada yang bergetah jua. Samalah yang lain-lain. Jadi janganlah kau mengadu kesepian. Kalau itu yang dicari memang kesepianlah kau sampai mati. -Wani Ardy

Pukul 2.00 a.m.

Jarang sangat saya berjaga selarut ini.  Tapi mata tak mahu katup.  Berdebar menanti esok. 

Kalau boleh seusai sahaja selesaikan penghantaran tesis, mahu angkut beg.  Cium mama.  Gelak dengan abah.  Usik adik.  Cakap bye-bye dekat semua kucing di UIAM.  Pergi dataran belakang KOS jerit kuat-kuat, “terima kasih stevia! Saya kenal erti dunia kerana kamu!”

Dan benda terakhir sekali nak buat ialah…MENANGIS.

Balik rumah, sementara tunggu keputusan peperiksaan keluar, saya nak mulakan hidup baru. 

Tidak ada lagi istilah balik rumah untuk berehat dan bermalasan. 

Akan tingkatkan ibadat.  Kembali pada rutin sewaktu di sekolah menengah.  Kunjung majlis ilmu banyak-banyak, pergi masjid selalu.  Habiskan tilawah 1 juzuk yang di’aim’kan nak habis sebelum esok, tapi tak dapat juga.  Dan yang paling saya nak buat: bangun subuh pagi jumaat seawal mama dan abah, jalan kaki sama-sama, berjemaah di surau depan rumah.  Berjemaah dengan mama setiap waktu.  Mengaji banyak-banyak.  Sehari satu juz.  Saya nak kembali kepada diri saya yang asal.  Fitrah suci.

Mama pula tak payah risau [atau mungkin akan jadi lebih risau?] memasak, sebab saya nak masak, masak dan masak.  Mengemas.  Mencuci.  Lipat kain.  Semua saya nak buat.  Mama duduk diam-diam.  Goyang kaki.  Pantau kakak masak supaya tak terlebih minyak macam selalu.

Pagi-pagi nak join mama dan abah jog keliling taman.  Petang-petang nak main badminton dengan adik depan rumah, walau pun gelak aja lebih. 

Nak ajar adik sungguh-sungguh bagi dia dapat 9A PMR.

Nak mandikan Gemuk, Mimi, Puteh dan Itam.  Mandi bagi wangi-wangi supaya boleh peluk cium dukung macam baby.

 

Nak berbakti pada mama, abah dan adik.

Nak bahagiakan mama dan abah, macam mana mama dan abah

cuba bahagiakan saya

selama 24 tahun,

walau pun mustahil. 

 

Saya dah besar.

 

 

Harap dapat bertahan target saya ni.  Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s