Duit gaji pertama dan hadiah untuk abah?

Posted on Updated on

Mission Impossible #2: Bangun sebelum muazzin laungkan “Assolatu khoirun min annaum”.

Mission Impossible #3: Study dengan adik dan duduk sebelah beliau selama 3 jam di perpustakaan.  (Siapa yang nak PMR ni??!)

 

Sekarang secara rasminya saya melantik diri sendiri sebagai pengganggur terhormat.  -___- 

Baru semalam hantar surat hitam putih sudah habis belajar kat KPT.  Harap-harap dalam bulan depan dapat tukar status. Amin.

 

Sekarang kehidupan saya agak caca-merba sikit.  Saya belum plan betul-betul macam:

Sebelum 15 Jun 2011 MESTI SIAPKAN SATU CERPEN

Sebelum 20 Jun 2011 MESTI SIAP TULIS JOURNAL

 

Minggu ni adindaku masih bercuti, jadi tugas sebagai COUCH tak bertauliah tersandang di bahuku. 

“HEPPP TAK BOLEH TIDOQ PETANG.  PUASA BUKAN ALASANGG!!” Sambil buat muka cenge [padahal rasuah dia]

 

Tugas couch ni berat. 

1. Buat mind map semua topik.

2. Pemandu peribadi ke lokasi tertentu untuk folio sejarah PMR.

3. Peneman semasa study.

4.  Cikgu tuisyen takberbayar.

5. Bank bergerak sewaktu beliau lapar & mahukan sesuatu berkaitan PMR.

Yang # 5 tu paling berat beb.  Nasib baik sekarang ada abah, yang peliknya, awat makin pemurah? 

 

Skuter kesayangan dah selamat dijual dengan harga hanya RM 2000 kat Pak Cik Ali.  Masa dalam kereta nak tukar nama geran, Pak Cik Ali tanya: “Apa hadiah pertama nak bagi kat abah bila dapat duit gaji pertama?”

GULP

 

-sekian-

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s