Julai

Posted on Updated on

Kalau betul hidup ini satu perlumbaan siapa habis belajar dulu, siapa ke luar negara dulu, siapa dapat kerja tetap dulu, siapa beli rumah dulu, siapa kahwin dulu, siapa beranak dulu, siapa dapat lapanbelas sijil dulu, waktu kita lahir berpuluh tahun lepas rasanya mesti dah ada race number depan belakang kulit badan kita.

-Wani Ardy

 

Saya bercuti di kampung ayah (Langkawi).  Aneh, di rumah internet sangat lembab, tapi di kampung laju pula.  Jadi saya dah terangkan sebab blog ini berhabuk lama tak dikemaskini. 

 

Status terkini?

Sekarang saya sedang melangkah di fasa kosong.

 K.O.S.O.N.G.

Fasa yang membuatkan saya berasa seperti budak darjah satu pada hari pertama persekolahan.

Bingung, keliru, takut dan cemas. 

 

Bingung jalan mana yang harus dipilih.

Keliru impian mana yang nak digapai dahulu.

Takut tersilap membuat pilihan.

Cemas menunggu natijah pilihan yang telah dibuat.

 

Inilah fasa kosong, tempat bermulanya proses pembelajaran secara telus dan tulus, belajar menjadi seorang dewasa yang matang.

Dewasa.

Punya rumah, punya kereta, punya duit, punya ekonomi yang kukuh.  Berdikari.

Ada suami, ada keluarga, ada ibu ayah yang hendak ditolong, berbakti dan berbudi.  Boleh dipercayai.

  Miliki waktu yang cukup sebagai abdi-Nya. Tidak lupa hakikat diri-ini asas kehidupan sebagai orang dewasa.

Definisi DEWASA saya.

 

Tiga aspek ini sudah cukup, untuk merangkul BAHAGIA di dunia dan akhirat.

 

Bulan Julai datang seperti angin sahara yang kasar berdebu.  Saya baharu memulakan fasa sebagai orang dewasa, dengan satu perjalanan ‘perih’ sebagai penganggur manja.  Kalau kawan-kawan kini bergelar suri rumah, mungkin saya boleh gelarkan diri sebagai ‘suri rumah tanpa suami’ …buat masa sekarang.

Dahulu saya meremehkan cita-cita menjadi suri rumah.  Tapi sebenarnya bukan senang.  Kau bergelut dengan malas dan bosan untuk menjaga keindahan rumah.  Supaya rumah menjadi syurga kecil yang nyaman.  Bukan mudah memastikan seisi rumah selamat.  Selamat daripada ancaman kelaparan atau musuh, penyangak sekarang tak makan saman, tak berhati perut.  Kau turut bergelut dengan kantuk dan penat.  Memerah otak supaya lebih kreatif dan berinovasi mencipta hidangan  paling berkhasiat dan enak yang patut dimasak. 

Jadi saya berkonklusi: 1. Rumah kecil lebih nyaman kerana mudah diurus. 2. Perut jangan dimanja-manjakan sangat dengan Pizza Hut, KFC, Baskin Robins, A&W, RadixFC, mahupun mamak.  Nanti perut memberontak minta bukan-bukan.

 

Pelan kedua saya ialah bekerja sebagai pendidik.  Sudah saya katakan Julai datang seperti angin berdebu yang membuatkan tekak saya kering dan haus.  Sebabnya asyik menjawab soalan “Sudah kerje ke belum?”. Ehem.

Jadi harap maklum, tawaran kerja akan datang bulan Disember ke atas. 

Perlu tak saya war-warkan di akhbar?

 

Pelan ketiga, seperti yang saya heboh-hebohkan, adalah sambung belajar.  Sarjana.  Wah wah gitu.  Biotechnology Engineering, IIUM Gombak. 

Borang sudah dihantar.  Dapat atau tidak belum tentu lagi.  Kalau saya diam sampai September ini, faham-faham sajalaaah Labu.

 

 Tak kisahlah, apa saja pelan yang kamu ada.  Beratus atau beribu-ribu, buat. 

Itu saja kata kunci nak berjaya.

 

 B.U.A.T

betul-betul

 

 

p/s: Fazilah, saya dah update…

 

2 thoughts on “Julai

    fazilah said:
    July 2, 2011 at 2:25 am

    nak lagi…. takkan satu jer…
    saya tgah ada mood nak membaca ni…. hehe
    saya pun jadi suri rumah, driver, dan kemungkinan akan jadi cikgu…
    cakap berapi-api nak berniaga tapi takder modal, hutang keliling pinggang dan perasaan malas still takleh nak kikis lagi …..

    wardahputeh responded:
    July 7, 2011 at 9:21 am

    Jangan mengalah Fazilah, orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke ketiak masam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s