Tiga buku tiga hari: Antara Stanza Cinta, Ranah 3 Warna, Padang Bulan & Cinta Di Dalam Gelas

Posted on Updated on

Tiga hari saya cuba menghabiskan bacaan tiga novel. Pertamanya: Stanza Cinta, kedua Ranah 3 Warna (A. Fuadi) dan sedang baca; dwilogi Padang Bulan dan Cinta Di Dalam Gelas (Andrea Hirata).

Novel cinta selalu tiada dalam ‘senarai buku wajib dibeli’ saya sebetulnya. Tetapi gara-gara kemanisan dan kekacakan pelakonnya dalam Stanza Cinta di peti TV (ditambah gossip hangat adegan baling membaling dan kekasih gelapku), dan ketidakberhasilan menonton pada waktu siarannya kerana seringkali dimonopoli abah, maka saya bagaikan dirasuk menyambar naskhahnya di POPULAR. Mungkin.

Tetapi tidak semudah itu.

 

Saya tiliki lagi sinopsis (ya, ini cinta ala enta-enti berbaur Ayat-ayat Cinta Pak Habib), penulisnya (oh manis orangnya!) dan akhir sekali penerbit. Demi memandang Galeri Ilmu (majalah kesukaan saya ANIS), saya dengan hati terpecah 10, tangan terketar-ketar dan mata berbinar-binar memandang not ringgit yang berbaki dalam dompet, memegang novel itu kejap-kejap menuju kaunter.

Eh eh nanti dulu

 

ANDREA HIRATA

 

Zapp!!! Sebaris perkataan meleset masuk seperti piring terbang terus ke mata dan mencantas hati.

Ini buku wajib beli!

Saya gemuruh dalam debar nafas teruja. Tidak perlu diperkenalkan lagi siapa dia Andrea Hirata kepada orang yang gemar membaca. Penulis tetralogI Laskar Pelangi yang mahsyur walau pun rambutnya kerinting, kuncup sedikit daripada Alleycats.

Bersebelahan dwilogi bergambar kulit buku cantik ini, itu dia..manis panas lagi..Ranah 3 Warna, sambungan Negeri 5 Menara karya Ahmad Fuadi.
Novel pertama trilogi ini saya pinjam dari Huda lama dahulu ketika sibuk dengan FYP. Ternyata bacaannya tidak sia-sia kerana waktu saya memang berharga saat itu. Membuak-buak semangat saya jadinya. Tidak menghairankan kata-kata hikmat ‘Man jadda wajadda’ itu saya abadikan dalam karangan penghargaan satu muka tesis saya, siap dengan kisah keberhasilan saya dalam eksperimen yang kononnya sangat ‘getir’.

Ranah 3 Warna sekali lagi, adalah satu novel penuh kobaran semangat dan tips-tips bagaimana tidak senang menyerah kalah. Di dalamnya jua, saya temui jawapan kepada persoalan-persoalan saya yang ternyata sama-sama dialami dan menghurung benak pengarang. Lebih-lebih di saat terdesak sebegini. Selain krisis cinta dan konflik antara sahabat karib yang menyesak jiwa, saya kira novel ini sangat bagus dalam membuktikan mantera ‘manjadda wajada’ dan ‘man shabara zhafira’ (siapa berusaha akan berjaya dan siapa yang bersabar akan beruntung).

 

Konklusinya, para penganggur silakan beli ya, ini buku wajib dibaca.

2 thoughts on “Tiga buku tiga hari: Antara Stanza Cinta, Ranah 3 Warna, Padang Bulan & Cinta Di Dalam Gelas

    Fazilah said:
    July 6, 2011 at 3:24 pm

    Orait, nanti dapat gaji I beli yer… lagi2???
    takder ker resipi masak2 yang terbaru duhai cik Wardah Puteh?
    Sy nak improve skill ni sebelum kawin.
    hehe.

    wardahputeh responded:
    July 7, 2011 at 9:34 am

    Hamboii ehem..dah cuba semuake yang kita copy dulu?
    Awak laju je balas, dapat sambung internet kat mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s