Pesta Graduasi, Impian dan Kebolehan

Posted on

Syukur, saya sudah selesai menguruskan hal-hal berkaitan pesta graduasi Oktober ini-yuran dan sebagainya, pada minggu lepas.  Dari Alor Star ke Kuantan, adalah satu perjalanan yang memenatkan, namun mudah jadinya berkat doa mama dan abah, malah ditemani abah dan dibantu pula Pak Cik Ali sekeluarga (yang baik melebihi keluarga kandung layanannya).  Terima kasih.

Saya juga sempat menguruskan hal buku tesis yang tertunggak-tandatangan 4 orang pensyarah dan juga borang demi menuntut wang daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  RM 200 tidaklah berbaloi untuk perjalanan yang sebegini jauh, apalagi kalau hendak dibanding bezakan dengan wang yang dilabur sepanjang FYP, tetapi, alang-alang orang sudah tawarkan, buat apa nak menolak?

Pensyarah, juga SV FYP, beria-ria menelefon sahabatnya di UniMAP; demi membantu saya yang kini bergelar ‘penganggur manja’.  Katanya, “dah kamu mahu buat engineering, buat sahajalah di Perlis, dekat dengan rumah kamu.  Malah peluang bekerja ada di UniMAP.”  Aduhai.  Bioprocess Engineering pula tu.  Saya barangkali hanya dapat menyapu habuk yang mengotori mesin bioproses itu, Prof.  -_-  Kata Prof. lagi, apabila saya menolak dengan alasan terikat dengan kontrak SLTP (Sijil Latihan Tenaga Pengajar) dan mungkin terpaksa membayar kembali RM 100, 000 kepada KPT, “biar saja mereka beli kamu, Hazwani.  RM 50, 000.  Boleh.”  Prof, saya ini, orang nak buat isteri pun tak ada. Apatah lagi kalau nak buat jadi pekerja.  Sungguh saya ini tiada kemahiran, selain mengelap air liur basi dan air hingus.

Mungkin ini boleh jadi PELAN NO. 4, selepas selesai Sarjana nanti.  Insya’Allah.

Bulan Julai ini, syukur saya dapat siapkan satu cerpen yang panjangnya 3000 patah kata demi menyertai satu pertandingan mengarang cerpen anjuran Karangkraf, PROSTAR dll.  Susah juga dalam jangka nak siapkan cerpen ini.  3000 patah perkataan bagi saya sangat banyak.  Kalau boleh siapkan pun, isinya hebatkah?  Temanya kukuh kah?  Perjalanan ceritanya dan teknik penceritaannya menarikkah?  Ini juga adalah di antara persoalan-persoalan penting dalam menentukan karya yang bermutu. 

Tema pertandingan ini ialah: “Saya hidup positif, kamu bila lagi?”.  Menawarkan hadiah yang cukup lumayan, juga dengan peluang untuk menang (walau pun saguhati sahaja) adalah besar.  Sebenarnya, yang mengiurkan saya ialah, semua cerpen yang menang akan dibukukan.  Satu peluang yang tak mungkin dilepaskan! 

Maklumat lanjut sila hubungi: 03-51013888 sambungan 322 & 339.  Tarikh tutup penyertaan:  31 JULAI 2011

Dalam perancangan saya, ada beberapa lagi bahan yang ingin saya tulis.  Termasuk journal sains yang disuruh SV.  Saya merasakan tidak mengapa tidak bekerja lagi buat masa sekarang.  Sebabnya mama dan abah lebih suka saya di rumah, bulan Ramadan yang bakal tiba dan kerja-kerja penulisan yang saya sudah lama tinggalkan.

Barangkali saya tidak punya banyak kemahiran, saya terlalu lembik, saya manja, atau bergantung pada mama dan abah, tetapi saya tidak mungkin akan mensia-siakan bakat menulis yang Allah berikan kepada saya, walau pun tidaklah sehebat mana.

Ogos dan September akan datang, moga-moga membawa khabar gembira.  Amin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s