Hidangan Berbuka: Rendang Ayam & Kangkung Goreng

Posted on Updated on

 

 

 

Rendang Ayam Oat Nyummy  

Bahan-bahan

4 ketul ayam

2 biji cili api

3 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

1 sm halia

3 kuntum cengkih

Cili boh ½ senduk

Susu sejat 1 senduk

Sos cili 2 sudu besar

Tomato dibelah 4

Bawang besar dihiris nipis

Daun kunyit dihiris

Cili merah dihiris

Perahan air asam jawa ( ½ sudu besar asam jawa)

Oat 1 senduk

Minyak masak Caroteno

Garam ( 1 sudu kecil) dan gula ( ½ sudu besar) secukupnya

 

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak masak Caroteno dan goreng satu senduk oat sehingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia, cengkih dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan cili boh dan sos cili. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam.  Gaul.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan susu sejat. Gaul dan perlahankan api.
  7. Masukkan tomato dan bawang besar.
  8. Masukkan oat yang telah digoreng dan hirisan daun kunyit.  Perasakan dengan garam dan gula.  Kacau rata sehingga masak.
  9. Angkat dan hidang di atas pinggan yang dilapik daun kunyit.  Hias dengan irisan daun kunyit dan cili merah.

 

 

 

Kangkung Goreng Lenggang Mek Wani

Bahan-bahan

Seikat kangkung (batang besar dibelah dua sebelum dihiris memanjang)

2 biji cili api

3 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

1 sm belacan

Minyak masak Caroteno

Garam dan air secukupnya

 

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah, bawang putih & cili api dengan minyak.
  2. Masukkan belacan.
  3. Masukkan bahagian batang kangkung.
  4. Masukkan sedikit air (anggaran ¼ cawan)
  5. Masuk daun kangkung setelah mendidih.  Kacau.
  6. Setelah mendidih kali ke-2 bolehlah diangkat dan hidang

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s