Cinta Fotokopi

Posted on Updated on

Sambil meniliki deretan buku-buku di rak, jemari saya menyentuh satu-satu buku yang berkenan di hati.  Mata pastilah tidak lepas daripada mencari perkataan “plant”.  Berada di dalam perpustakaan selalu membuatkan saya menjadi manusia tamak.  Semua mahu diambil, semua mahu difotokopi kalau boleh.  Akhir sekali, apabila sudah penat memilih, nah, bercampur habis buku yang tak termasuk dalam senarai “plant”, salah satunya Maillard Reaction.

Entah apa yang merasuk saya sehingga tertarik mahu memfotokopi buku tentang tindak balas kimia itu. Padahal langsung saya tidak fahami keseluruhan cerita sebenar yang berlaku dalam tindakbalas Maillard apabila pensyarah [baca: Dr. Shafida] mengajar. 

Inilah CINTA FOTOKOPI saya barangkali.

Tersadailah buku yang telah difotokopi sebuah itu,berkulit kuning langsat dan amboi, siap dilapik plastik keras dan “ring” mahal, sehinggalah hampir dua tahun dipersiakan.  Namun, baru tadi saya membaca artikel di Dewan Kosmik September 2011: Kimia Bahaya Dalam Makanan Proses tulisan Dr. Norfarizan Hanoon N.A. [muka 34-35] yang menarik-narik hati saya dan jemari yang gatal memfotokopinya untuk membuka kembali helaian buku itu.

Satu sahaja perkataan yang mengajak saya untuk mendalaminya lagi; KANSER.

Tindak balas Maillard ini sebenarnya selalu berlaku dalam makanan berkarbohidrat dan berprotein yang diproses pada suhu yang tinggi [bakar, goreng, BBQ atau panggang] iaitu lebih daripada 120 degree Celsius atau makanan yang dibiarkan lama, melibatkan makanan-makanan yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita:

1. kopi segera 3 in 1

2. roti/ biskut rangup

3. kerepek kentang

4. kentang goreng

5. roti

6. bijirin sarapan

7. makanan bayi

Produk hasil tindak balas Maillard, akrilamida (acrylamide) adalah karsinogen [agen yang menyebabkan kanser].

Walaupun, ya, banyak kebaikan terhasil daripada tindak balas Maillard seperti aroma kopi yang harum dan daging panggang yang sedap, warna roti yang keperangan serta kecoklatan [non-enzymic browning], huruf-huruf K.A.N.S.E.R yang bergabung itu kelihatan sungguh menakutkan! Lalu apakah caranya yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan kesan tidak baik tindak balas ini?

1. Sederhana, Seimbang dan Pelbagaikan makanan kita.  Ingatlah setiap makanan ada zat dan khasiat tersendiri. Makanan boleh menyebabkan kita ditimpa penyakit, tetapi ingatlah bahawa makanan juga boleh membuat kita sihat dan cergas!

2. Perbanyakkan memakan makanan yang tidak diproses dengan cara panggang, bakar, BBQ, dan goreng.

3. Eksplorasi khasiat herba di Malaysia yang banyak pitonutrien seperti ini:

Pecah Beling 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s