Buat Duit, Jaga Duit

Posted on Updated on

Sambil ditemani Teh, Kopi dan Susu yang sedang berbaring manja- kadang suara nyaring Kopi melengking apabila dihempap Teh, saya ralit mencongak. Di dalam buku nota kecil pemberian Mariah, saya mencatat butir-butir ringgit yang telah dibelanjakan.

Belanjawan dan simpanan: dua aspek yang perlu ditimbang baik-baik sehari-harian, lebih-lebih lagi jika sudah punyai kerjaya dan aliran masuk wang saban bulan. Banyak buku seputar isu ini boleh didapati di toko-toko buku, malahan di kedai kecil pinggiran jalan. Majalah seperti ANIS bahkan menyelitkan ruang berkenaan tips mengurus wang.  Untuk orang seperti saya yang gemar berbelanja tetapi susah menghabiskan bacaan, cukup saja melayari internet dan bersantai di lantai toko buku POPULAR sambil tangan mencatat isi penting yang berselerakan berkaitan cara mengurus wang dengan bijak.

Tiga langkah mengurus kewangan dengan bijak:

1. Tentukan matlamat kewangan: Pendek, sederhana dan panjang

2. Jejak mana perginya wang: jumlah pendapatan bulanan, jumlah perbelanjaan dan simpanan/ tabung kecemasan, serta baki gaji di hujung bulan

3. Menilai tabiat berbelanja [8 bulan]

…Baca lagi di laman http://www.akpk.org.my

Buat Duit

Pada deretan buku-buku di toko, di bahagian KEWANGAN, sering juga diselit dengan buku “Buat Duit Dengan ….” pelbagai cara terbitan PTS. Salah satu tajuk yang menggagau minat saya ialah “Buat Duit Dengan Menulis” dalam genre rencana/ artikel. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan manusia boleh buat duit dengan menulis cerita. Samada cerita yang ditulis celaka dan caca-merba, atau tulisan yang keluar dari mentaliti murni, itu yang membezakan.

Pengarang naskah ini menulis, “Rencana yang baik, adalah cerita. Cerita yang membina ketegangan demi ketegangan, saspens demi saspens, dan tarikan demi tarikan, sehinggakan pembaca merasa puas.”

“Rencana adalah fiksyen dalam bukan fiksyen.”

“Kreativiti dan imaginasi yang tinggi memungkinkan rencana menjadi menarik dan seronok dibaca.”

Demi membaca definisi “rencana yang baik” ini, ingatan saya tak semena-mena memanggil sebaris nama: Saharil Hasrin Sanin [Baca: Khasiat Ulat Mayat, Dewan Siswa Oktober].

Tidak Kikir

Pun, saya menginsafi diri, seperti hasil tulisan Dr. Danial Zainal Abidin dalam bukunya, Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Qur’an, tip ke-30 membina kecemerlangan adalah: Cemerlang dengan Berhemat dan Tidak Kikir. Seperti sabda Rasul S.A.W. :

“Sesiapa yang bersederhana akan dikayakan Allah. Sesiapa yang suka membazir akan dimiskinkan Allah.”

“Sifat pemurah ialah satu pohon dari pohon-pohon syurga.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s